Imran Daniel Hazli sasar duduki ranking Top 50 ITF Junior

1,045

Pemain tenis negara, Imran Daniel Hazli memberitahu  selepas kejayaan merangkul gelaran juara Jelajah Tenis Remaja Dunia ITF, sasarannya kini adalah untuk berada dalam ranking Top 50 ITF Junior.

“Sasaran saya selepas ini adalah untuk berada dalam ranking sekurang-kurangnya Top 5 ITF Junior kerana ia akan memudahkan transisi saya dari peringkat junior ke senior, dan jika saya berjaya realisasikan ia akan memberi peluang kepada saya untuk sertai setiap kejohanan utama lelaki,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Selepas kejayaan di Jelajah Tenis Remaja Dunia ITF, Imran bakal menyertai kem kebangsaan dalam temasya Sukan SEA Hanoi pada bulan Mei depan.


Imran juga berkata beliau akan terbang ke Thailand untuk membuat persiapan rapi bagi menghadapi saingan di Sukan SEA.

Malah beliau turut menyasarkan untuk dapat pingat gangsa di Sukan SEA nanti walaupun ada yang tidak yakin dengan sasarannya itu.

Mengakui sukan tenis di Malaysia masih lagi belum cukup popular menyebabkan beliau kurang mendapat penajaan daripada pihak kerajaan untuk melebarkan lagi kerjayanya sebagai pemain tenis, namun beliau bersyukur apabila banyak mendapat penajaan dari pihak luar.

“Kerajaan tak dapat taja banyak, tapi saya banyak dapat tajaan dari pihak persendirian terutamanya kawan bapa saya iaitu Tan Sri Wan Azmi dan beberapa penaja dari pihak persendirian lain. Saya sangat bersyukur.”

Dalam pada itu, Imran bukan sahaja cuba memajukan dirinya dalam dunia sukan tenis tetapi juga mahu membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa, sekaligus menggalakkan lebih ramai orang untuk menceburi sukan tenis.