Bekas kapten Penang, Azizan Baba meninggal dunia

7,838

Bekas kapten pasukan Penang, Azizan Baba telah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi.

Sedang berjuang akibat kanser paha, tidak sampai 24 jam pemain itu telah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi.


Berita pemergian Azizan telah dimaklumkan di laman Facebook milik Penang Brotherhood yang mana pemergian Allahyarham disebabkan oleh kanser paha kiri yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Semalam ramai yang mendoakan kesejahteraan bekas pemain berusia 40 tahun itu berikutan kesihatan beliau semakin merosot dan kritikal.

Selain Penang, Azizan juga pernah bermain bersama pasukan Johor FC, Melaka, Kuala Lumpur dan Perak.

Walaupun sudah bersara sebagai pemain bola sepak, namun beliau masih aktif dalam dunia bola sepak akan menceburi bidang kejurulatihan yang mana beliau merupakan jurulatih Melaka United FC.

Kami di Harimau Malaya mengucapkan salam takziah buat keluarga dan sahabat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.