Kembalikan perlumbaan F1 ke Malaysia

919

Tidak dapat dinafikan Malaysia mempunyai peminat permotoran yang besar jadi tidak hairan apabila yang teruja dan gembira apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) akan terus dianjurkan hingga 2024.

Malah SIC juga turut memberi bayangan berkemungkinan akan membawa semula perlumbaan Formula 1 (F1) ke Malaysia sekiranya mempunyai bajet untuk menganjurkan perlumbaan berprestij itu.


Sumber foto: F1 FB

SIC yang mula menganjurkan perlumbaan F1 sejak 1999 telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak mereka pada 2017 iaitu selepas 18 tahun berikutan pulangan menurun selain kos operasi yang semakin meningkat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau sangat mengalu-alu penganjuran semula F1 ke negara dan meminta sokongan daripada syarikat swasta untuk merealisasikannya.

Sekiranya F1 kembali dianjurkan di Malaysia, ia mampu menjana pendapatan negara berikutan kehadiran peminat F1 dari serata dunia akan turun menyaksikan perlumbaan.

Sejak beberapa tahun lalu, peminat di Malaysia terpaksa ke negara sebarang, Singapura untuk menyaksikan perlumbaan F1.

Sumber foto: F1 FB

Malaysia mempunyai peluang cerah untuk menganjurkan perlumbaan F1 selepas GP Russia dibatalkan berikutan peperangan antara Rusia dan Ukraine.

Bagaimanapun SIC perlu menjadi dana kira-kira RM200 juta sekiranya mahu menganjurkan perlumbaan paling popular di dunia itu.

Jika kerajaan benar-benar serius untuk menganjurkan semula perlumbaan F1 di Malaysia, mereka boleh menggalakkan penyertaan syarikat swasta sebagai penganjur dengan memberi pelbagai insentif berbentuk pengecualian cukai atau lain-lain yang dirasakan sesuai sekaligus dapat menjadikan situasi menang-menang antara kedua-dua pihak.

Litar Sepang merupakan salah sebuah litar terbaik di dunia dengan 5.54 kilometer panjang, ia merupakan sebuah litar yang cukup luar biasa kerana ia mempunyai jalan lurus yang dipisahkan dari pit dan diikuti oleh satu selekoh yang cukup tajam.

Pelbagai memori manis dan pahit dapat dilihat sepanjang penganjuran F1 dan MotoGP dan insiden paling tidak boleh dilupai oleh peminat permotoran adalah pada tahun 2011 yang mana ketika pusingan kedua perlumbaan Moto GP telah menyaksikan pelumba dari Itali, Marco Simoncelli meninggal dunia selepas mengalami kemalangan di selekoh ke-11.

Sumber foto: F1 FB

Lapan tahun kemudian iaitu pada tahun 2019, Litar Sepang sekali lagi meragut nyawa seorang lagi pelumba iaitu Afridza Munandar dari Indonesia yang meninggal dunia ketika bersaing dalam Piala Bakat Asia (ATC).

Dengan reputasi yang menggerunkan, jadi tidak hairan kebanyakkan pelumba F1 dan MotoGP sentiasa berasa gerun apabila setiap kali turun beraksi di Litar Sepang dan ia telah menjadikan perlumbaan semakin menarik.

Jadi tidak hairan ramai peminat yang teruja untuk menyaksikan perlumbaan berprestij dunia kembali dianjurkan di Litar Sepang, Malaysia. Diharap perlumbaan F1 dapat dikembalikan semula di Malaysia.