Rancangan untuk wujudkan Asian Super League akan musnahkan impian kelab kecil

7,425

Selepas kegagalan European Super League (ESL) mendapat sokongan, kini Asian Football Confederation (AFC) pula mencuba nasib dengan mencadangkan saingan Asian Super League (ASL) pula.

Konsep yang akan diperkenalkan oleh AFC ini hampir sama dengan rancangan ESL yang mana mereka telah pun mewujudkan satu task force untuk mengkaji format untuk saingan liga baru itu yang dijangka akan bermula pada 2024-2025.


ASL akan menyaksikan sebanyak 24 kelab akan bersaing dengan hanya kelab elit sahaja dibenarkan dengan kebanyakannya dari zon Barat iaitu UAE, Arab Saudi, Qatar dan Uzbekistan, manakala zon Timur pula dari Jepun, Korea Selatan, China dan Australia.

Kelab kaya terus kaya! Sekiranya ASL diwujudkan, setiap kelab akan menerima sekitar $2 juta dollar (RM8.4 juta). Hadiah wang juga akan meningkat dengan jumlah kemenangan jika kelab mampu mara ke pusingan ke seterusnya.

Jumlah keseluruhan wang kemenangan boleh mencecah lebih $14 juta dollar (RM59 juta).

Jika AFC benar-benar mahu wujudkan saingan ASL, ia akan memberi kesan kepada kelab-kelab di rantau Asia Tenggara terutamanya kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Semua sedia maklum bahawa JDT sentiasa meletak sasaran untuk bermain di liga tertinggi di Asia dan mereka mula perlahan-lahan cuba merealisasikan sasaran mereka itu apabila mereka layak ke saingan Asian Champions League (ACL).

Apabila ASL wujud, ia bermakna saingan ACL akan jatuh pada kedudukan kedua dan saingan Piala AFC jatuh ke tempat ketiga.

Sudah pasti JDT tidak akan berpuas hati kerana mereka tidak akan dapat bermain di tahap tertinggi Asia.

Adakah cadangan untuk wujudkan ASL ini adalah sekadar rancangan atau AFC benar-benar mahukan buat liga tersebut?

Tidak diketahui bagaimanapun AFC boleh terfikir untuk wujudkan ASL sedangkan cadangan untuk wujudkan ESL sebelum ini telah ditolak oleh ramai.

Jika ASL diwujudkan, apa yang berlaku pada kelab-kelab lain? Jurang kualiti saingan liga sudah pasti akan wujud dengan ketara.

Adakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mempunyai suara di AFC akan menyokong atau sebaliknya kerana kewujudan ASL tidak akan mengguntungkan pasukan dalam negara.

Apakah cadangan ASL akan menerima nasib seperti ESL? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen