Penyokong KL City FC kini boleh dapatkan tiket bermusim dengan harga lebih murah

259

Sejak menjulang Piala Malaysia tahun lalu, semakin ramai penyokong KL City FC (KLCFC) kembali membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan pasukan mereka.

Berikutan permintaan memberangsangkan, KLCFC kembali melancarkan tiket bermusim bagi tahun 2022 yang dijenamakan sebagai Tiket Bermusim B2 City Boys kini muda dijual kepada penyokong yang mana pakej yang ditawarkan dikatakan antara yang terbaik di kalangan pasukan-pasukan lain di Liga Malaysia.


Tiket bermusim B2 City Boys mempunyai tiga kategori harga yang ditawarkan mengikut usia mereka yang mana tiket Dewasa berusia 19 tahun ke atas, Belia berusia 13 tahun ke 18 tahun dan Kanak-Kanak pula berusia 12 tahun ke bawah.

Tiket bermusim berharga RM349.99, bagaimanapun bersempena dengan Ramadhan dan AIdilfitri tidak lama lagi, pihak KLCFC telah menjalankan promosi iaitu diskaun sebanyak 5% kepada Dewasa kepada harga RM332.50 yang sehingga 17 Mei depan.

Manakala untuk kategori Belia dan Kanak-Kanak pula ia akan ditawarkan pada harga RM249.99 dan RM229.99 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pengenalan tiket bermusim mengikut kategori umur ini dibuat kepada pihak KLCFC mahu mewujudkan satu komuniti bola sepak yang mana satu keluarga akan datang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bersama.

Pemegang tiket bermusim ini akan dapat menyaksikan kesemua perlawanan KLCFC yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Bukan sahaja saingan Liga Super, malah pemegang tiket bermusim juga dapat menyaksikan perlawanan saingan Piala Malaysia dan Piala FA.

Pembeli tiket bermusim berkemungkinan akan mendapat berita gembira mengenai perlawanan Piala AFC yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat berikutan KLCFC akan menjadi tuan rumah untuk peringkat kumpulan.

Setiap pembelian tiket bermusim, pembeli akan mendapat B2 City Boys Fan Can yang mempunyai Kad tiket bermusim, jersi eksklusif, gambar pasukan, bendera KL, lanyard, pelitup muka, pemacu USB, drawstring bag, pelekat kereta, butang lencana dan poster pasukan.

Pelbagai manfaat yang akan dinikmati oleh pemegang tiket bermusim, antaranya:

  • RM5 untuk kemasukan tetamu jemputan (1 tetamu sahaja berumur 18 tahun ke bawah) bagi perlawanan di tempat sendiri
  • Diskaun 20% untuk tiket biasa bagi perlawanan di tempat sendiri dengan status keutamaan (maksima 4 tiket sahaja)
  • Status keutamaan untuk pembelian tiket bagi perlawanan di tempat lawan (Away) dan tempat berkecuali (Neutral)
  • Diskaun ke atas produk rasmi
  • Akses kepada pemain (kandungan khas)
  • Manfaat daripada pihak penaja & rakan strategik KLCFC
  • Jemputan eksklusif untuk acara kelab dan penyokong
  • Peraduan ekslusif dan cabutan bertuah -Akses ke sesi latihan dan perlawanan persahabatan yang terpilih
  • Tiket Bermusim yang boleh dipindahmilik
  • Kaunter Makan & Minum (tertakluk kepada SOP MFL)

Jadi kepada penyokong #SampaimatiKualaLumpur, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan tiket bermusim anda.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen