Malaysia bakal adakan perlawanan persahabatan hujung Mei depan?

5,344

Selepas tamat perlawanan persahabatan FAS Tri-Nations Series 2022 baru-baru ini, ternyata terdapat sedikit perubahan dalam skuad kebangsaan negara kendalian ketua jurulatih baharu iaitu Kim Pan-gon.

Dalam perlawanan tersebut, skuad Harimau Malaya telah berjaya menumpaskan Filipina dengan 2-0, sebelum tumpas kepada tuan rumah Singapura 1-2. Mereka kemudian mengadakan satu perlawanan tertutup menentang Albirex Niigata FC Singapore yang mana pasukan negara menang 3-0.


Biarpun permainan skuad negara menampakkan positif, namun masih ada segelintir peminat yang merasakan skuad sedia ada ketika ini masih lagi belum mantap berikutan Pan-gon masih lagi belum dapat memilih pemain terbaik susulan kekangan masa.

Memandangkan saingan Liga Super dan Liga Perdana masih dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini, maka Pan-gon mempunyai masa yang banyak untuk memilih pemain terbaik dan bukannya pemain ‘kitar semula’.

Terbaru, ada sumber yang mendedahkan bahawa skuad Harimau Malaya bakal mengharungi dua perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hujung Mei ini.

Perlawanan pertama Malaysia adalah menentang Azerbaijan pada 26 Mei dan pada 29 Mei menentang Lebanon.

Bagaimanapun sehingga kini tiada pengesahan daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai perlawanan persahabatan ini.

Jika benar, ia satu petanda yang cukup positif buat skuad negara kerana mereka perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi kelayakan Piala Asia yang akan berlangsung pada bulan Jun depan.

Walaupun perlawanan persahabatan ini tiada dalam kalender Persekutan Bola Sepak Dunia (FIFA), diharap kelab dapat melepaskan pemain mereka untuk sertai kem negara kerana kita mempunyai misi yang penting iaitu mahu layak ke Piala Asia 2023.

Setiap kejayaan perlukan pengorbanan, jadi diharap kelab dan pemain sendiri dapat menunjukkan sikap patriotik dengan melepas dan melapor diri ke kem negara sekiranya dipanggil.

Malah peminat juga berharap selepas ini tiada lagi isu pemain tolak panggilan negara seperti yang berlaku sebelum ini.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen