Izham Tarmizi atau Haziq Nadzli yang layak ganti Farizal Marlias?

4,716

Ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang membuat persiapan untuk mengharungi saingan AFC Champions League (ACL) pada hujung minggu ini tetapi malang menimpa kelab itu apabila penjaga gol utama mereka Farizal Marlias cedera.

Terdahulu kapten JDT dan pasukan kebangsaan, Farizal, terlibat dalam perlanggaran dengan pemain pertahanannya, Shane Lowry, dalam perlawanan menentang Terengganu FC (TFC) yang mana beliau kemudian telah dikejarkan ke hospital.


Walaupun beliau kini berada dalam keadaan stabil, namun ketua jurulatih JDT iaitu Benjamin Mora tidak akan terburu-buru untuk menurunkan Farizal dan mahu beliau pulih sepenuhnya sebelum membuat sebarang keputusan.

Dalam saingan ACL, JDT telah diundi dalam kumpulan I bersama Kawasaki Frontale (JPN), Guangzhou FC (CHN) dan Ulsan Hyundai (KOR).

JDT akan membuka tirai saingan menentang Guangzhou FC dan mereka dijangka tidak akan berdepan masalah besar berikutan kelab dari China itu menghantar skuad remaja mereka untuk beraksi.

Agak sukar apabila kita bercakap mengenai pengganti Farizal berikutan beliau merupakan figura terpenting dalam skuad JDT kerana beliau bukan sahaja menjaga gawang, tetapi juga bertindak sebagai pemimpin ketika perlawanan berlangsung.

Namun persoalan dalam kalangan peminat JDT sudah semestinya siapakah yang mampu menggalas tanggungjawab besar itu? Samada ada Haziq Nadzli atau Izham Tarmizi?

Berdasarkan senarai pemain skuad utama JDT, Izham merupakan pengganti yang dikatakan akan menggantikan tempat Farizal berikutan beliau adalah penjaga gol kedua, manakala Haziq pula adalah penjaga gol ketiga.

Walaupun tidak dapat turun beraksi bersama skuad utama, namun Izham tetap mendapat minit permainan apabila beliau sentiasa turun beraksi bersama pasukan JDT 2 dalam saingan Liga Perdana.

Haziq pula kurang minit permainan jadi Mora sudah semestinya akan memilih penjaga gol yang mempunyai pengalaman untuk turun beraksi dek JDT bakal berdepan antara pasukan terbaik di rantau Asia.

Tidak dapat dinafikan kedua-dua mereka mempunyai pengalaman antarabangsa kerana pernah menyarung jersi Harimau Malaya sebelum ini, tetapi pengalaman dan minit permainan akan menjadi faktor utama pemilihan penjaga gol bagi menggantikan Farizal nanti.

Secara rasionalnnya penyokong pasukan Harimau Selatan itu sudah pastinya menjangkakan Izham akan diberi tugas untuk menjaga gawang.

Jadi mari kita tunggu dan lihat siapakah yang akan menjadi pilihan Mora untuk menggalas tanggungjawab besar itu nanti.