Hati-hati perlanggaran keras di padang, boleh menyebabkan Chronic Traumatic Encephalopathy (CTE)

222

Insiden perlanggaran Farizal Marlias telah mengejutkan negara apabila beliau kelihatan koma seketika dan terbaring di atas padang.

Walaupun punca kecederaan tidak serupa, pemandangan itu menyerupai peristiwa pemain Denmark, Christian Eriksen yang koma di atas padang.


Kejadian ini telah mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Adakah terdapat apa-apa impak kesihatan yang boleh berlaku di masa akan datang?

Menurut kajian yang terkenal daripada Dr. Bennet Omalu, hentakan kuat di kepala yang bersifat berpanjangan boleh menyebabkan penyakit Chronic Traumatic Encephalopathy (CTE).

CTE ialah trauma kepada otak akibat kesan gegaran kepala yang berulangan. Kebiasaannya, kesan daripada CTE hanya boleh dilihat setelah satu tempoh jangka masa yang panjang.

Dalam bola sepak, perlakuan menanduk bola dan perlanggaran di kepala boleh menyebabkan seseorang menghidap CTE.

Walaupun kesan CTE berbahaya, kebanyakan pemain tidak menunjukkan gejala yang serius seperti dementia, aggression dan suicidality.

Gejala berikut lebih biasa dilihat dalam sukan lain yang lebih ganas seperti American Football berbanding bola sepak.

Sebagai pemain bola sepak, kadang kala insiden seperti perlanggaran antara dua pemain tidak dapat dielakkan tapi usahlah bimbang kerana sukan bola sepak ialah sukan yang selamat.

FIFA telah menetapkan pelbagai garis panduan bagi memastikan keselamatan pemain terjamin jadi seharusnya tiada masalah kritikal yang timbul sekiranya semua pihak mematuhi peraturan FIFA.