Kemenangan dengan Ulsan Hyundai beri suntikan semangat untuk perlawanan menentang Kawasaki Frontale – Safawi Rasid

740

Pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengakui kemenangan menentang Ulsan Hyundai memberi suntikan semangat buat pasukan untuk menentang Kawasaki Frontale.

“Perlawanan malam ini beri satu suntikan semangat dan moral buat pasukan untuk perlawanan seterusnya kerana pada perlawanan ketiga nanti akan akan berdepan lawan yang lebih sukar.

Jadi untuk perlawanan malam ini kita dapat lebih keyakinan untuk perlawanan seterusnya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, pemain kebangsaan berusia 25 tahun itu juga enggan mendabik dada selepas kemenangan dengan Ulsan sebaliknya berkata dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.


Safawi berkata apabila beliau dan rakan sepasukan turun beraksi, mereka akan memberikan yang terbaik buat pasukan dan apa sahaja keputusan bergantung atas rezeki.

JDT selepas ini bakal menentang Kawasaki yang menang besar menentang Guangzhou FC dengan jaringan 8-0 pada 21 April ini.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu impainnya untuk saingan ACL ini adalah mahu membantu JDT mencipta sejarah dengan melayakkan diri ke pusingan kalah mati.