Akademi Tunas Johor Bahru harap penyertaan lebih ramai pemain bola sepak wanita

1,318

Melihat perkembangan bola sepak wanita yang semakin berkembang, Akademi Tunas Johor Bahru (ATJB) kini mula memperkenalkan bola sepak untuk wanita pula.

Menurut ketua jurulatihnya iaitu Izwyn Zulkapri, walaupun baru ditubuhkan sejak hujung tahun lalu namun ia telah memperlihatkan perkembangan yang positif.


“Walaupun kami baru lagi tetapi dari segi jumlah pelatih sudah nampak ada pertambahan dan kita sudah berjaya menarik anak-anak berusia bawah 12 tahun untuk sertai ATJB.

Tidak dapat dinafikan pada awalnya sememangnya agak sukar untuk kami menarik pelatih muda wanita tetapi lama kelamaan kita dapat melihat ia semakin berkembang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pada masa sama Izwyn juga berkata selepas sambutan Aidilfitri, mereka akan mengadakan beberapa klinik bola sepak khas untuk wanita yang mana mereka akan bekerjasama dengan sekolah-sekolah di Johor Bahru.

ATJB merupakan sebuah akademi yang bernaung di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Dalam pada itu, Izwyn kini sedang mempersiapkan pasukan untuk menyertai Liga Nasional Wanita anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan membuka tirai pada Mei depan.

Sementara itu, beliau juga mengakui perkembangan bola sepak wanita tampak semakin positif dan berkembangan.

Malah beliau juga berkata sekiranya pihak bertanggungjawab menjalankan kerja dengan betul, maka tidak mustahil satu hari nanti skuad bola sepak wanita mampu setaraf dengan pasukan-pasukan lain di Asia.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen