Goh Liu Ying tak selesa ditanya soal teman lelaki

524

Pemain badminton beregu campuran ternama Malaysia, Goh Liu Ying mengakui tidak selesa apabila ditanya perihal peribadi terutamanya mengenai teman lelaki.

Liu Ying berkata demikian selepas hubungan cintanya dengan bekas pemain badminton negara, Ong Jian Guo kandas di tengah jalan.


“Saya tidak mahu lagi ditanya mengenai teman lelaki kerana jika saya sudah ada pengganti, saya sendiri akan kongsikan dengan peminat-peminat.

Punca saya putus dengan Jian Guo adalah kerana kami mempunyai hala tuju yang berbeza,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, beliau juga enggan berbicara lagi mengenai bekas teman lelaki kerana mahu menghormati Jian Guo yang sudah berumah tangga.

Malah beliau juga memberitahu sudah lama tidak berkomunikasi dengan Jian Guo.

Dalam pada itu, Liu Ying mengakui perwatakannya sangat berbeza di dalam dan luar gelanggang.

Bagi peminat yang tidak mengikuti rapat perkembangan Liu Ying, beliau sebenarnya mempunyai nama timangan – ‘Mommy’.

Panggilan ‘Mommy’ ini bermula apabila beliau muncul dalam satu video YouTube oleh pasangan beregu lelaki negara iaitu Ong Yew Sin dan Tan Ee Yi.

Pasangan beregu itu boleh dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Liu Ying kerana beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pemain badminton.

Sementara itu, berbalik pada kariernya, beliau kini mempunyai pasangan baru untuk beregu campuran yang mana Liu Ying kini bergandingan dengan Soong Joo Ven.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen