‘Kelas 22’ Man Utd memastikan Piala Belia FA di depan 67,492 fans

300

‘Wonderkid’ Alejandro Garnacho menjaringkan dua gol ketika Manchester United merangkul Piala Belia FA pertama mereka dalam tempoh 11 tahun dengan kemenangan 3-1 ke atas Nottingham Forest di depan lebih 67,000 orang penonton.

Kali terakhir United memenangi pertandingan itu pada 2011, dengan Paul Pogba, Jesse Lingard, Michael Keane dan Ravel Morrison kesemuanya merupakan sebahagian daripada pasukan The Red Devils yang menewaskan Sheffield United yang diwakili Harry Maguire pada ketika itu – 6-3 secara agregat.


Di hadapan 67,492 orang – hampir dua kali ganda rekod kehadiran Piala Belia FA sebelum ini (38,187 pada 2007) – di dalam Old Trafford, kapten United Rhys Bennett menanduk masuk pasukannya di hadapan selepas 13 minit.

Bek Forest Joshua Powell menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama apabila dia berjaya melepasi genggaman Radek Vitek, yang mungkin merasakan dia sepatutnya melakukan lebih baik dengan sepakan rendah.

Garnacho, yang dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Bawah 18 tahun kelab itu sebelum perlawanan, kemudian muncul sebagai bintang baharu dan memberikan kejayaan remaja untuk United, dengan menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk memastikan kemenangan.

Itu membantu The Red Devils merangkul kejuaraan Piala Belia FA buat kali ke-11 di depan kehadiran ramai legenda United, termasuk pengurus Sir Alex Ferguson, Bryan Robson, Ryan Giggs, Michael Carrick dan Nicky Butt.

Garnacho yang berusia 17 tahun itu membuat penampilan sulung dalam pasukan utama menentang Chelsea pada April dan berharap persembahannya itu membolehkannya beraksi dalam perlawanan terakhir Liga Perdana United musim ini di Crystal Palace pada 22 Mei.