FM menjadikan William Still, 29, pengurus bola profesional
Kerjaya William Still semakin menonjol di bidang bola sepak, semuanya kerana Football Manager (FM)!
Still ialah penolong pengurus kelab Ligue 1 Perancis yang sedang meningkat naik, Stade de Reims. Sebelum itu beliau adalah pengurus kelab Belgium, Lierse dan Beerschot. Semua ini adalah pencapaian yang luar biasa kerana beliau baru berusia 29 tahun, dimana bagi jawatan sebagai pengurus bola sepak profesional itu adalah sangat muda.
Bersama abangnya, Edward, adik-beradik ini banyak menghabiskan masa dengan FM. Edward sebenarnya juga seorang jurulatih, berkhidmat di kelab Belgium, Sporting Charleroi.
Apa yang melucukan ialah, ibu bapa mereka mengharamkan permainan video ketika pasangan itu masih muda, tetapi tiada apa yang depat menghalang kedua-dua orang ini bermain permainan kegemaran mereka ketika itu: Football Manager yang dilancarkan pada tahun 2001.
“Kami hampir memecahkan CD itu daripada dulang cakera,” kata Still. “Kami memainkannya selama berjam-jam. Dan kami tidak pernah membeli versi baharu. Kami memainkan cakera itu sehingga ia tidak boleh membaca lagi.”
Adik-beradik ini selalu bermain FM yang dicipta oleh Sports Interactive ini, sehingga waktu subuh.
“Fasa terburuk berlaku apabila saya berumur kira-kira 14 atau 15,” kata Still. “Tiap-tiap hari, pada pukul 10 malam saya akan berkata, ‘Oh saya akan tidur tengah malam.’ Kemudian perkara seterusnya yang saya tahu adalah sudah sampai empat setengah pagi. Selepas tidur sekejap, abang dan saya akan terfikir, ‘Kenapa saya buat begitu?’ Betul, ada satu ketika ia menjadi agak melampaui batas!”
Akhirnya, Still mengambil keputusan untuk memceburi bidang kejurulatihan dengan lebih serius untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang pelatih. Pada masa itu dia juga menyedari bahawa, walaupun dia boleh bermain, tetapi dia tidak mungkin akan menjadi seorang superstar seperti Cristiano Ronaldo.
“FM memberi saya dorongan untuk mahu menubuhkan pasukan sendiri,” kata Still. “Saya mahu bercakap dengan pemain. Saya mahu hubungan itu. Maksud saya, FM memberikan saya peluang untuk melihat sekilas bagaimana sebenarnya untuk menguruskan pasukan.
“Saya sebenarnya fikir orang yang bermain FM akan lebih memahami bola sepak dan ini sememangnya betul. anda perlu pergi belajar terperinci untuk benar-benar memenangi sesuatu perlawanan dan berjaya dalam permainan ini, terutamanya pada masa kini, FM, dengan fungsi yang begitu canggih dan terbaru, menjadi semakin rumit untuk memenangi perlawanan dan kejuaraan. Saya menghargai pencipta FM dan orang yang begitu bersemangat dan begitu minat dengan permainan ini.
“FM pastinya salah satu permainan di mana lebih banyak seseorang bermain, lebih banyak anda tahu. Saya rasa kali terakhir yang saya mainkan secara serius adalah sekitar tahun 2017, dimana saya cuba membawa Wycombe Wanderers ke peringkat teratas – dan saya berjaya. Jangan tanya saya bagaimana ia berlaku, tetapi saya mempunyai pengetahuan hampir ensiklopedia tentang apa-apa yang boleh diperolehi di peringkat bawah England sekitar zaman itu.
“Ia sememangnya membuka mata kepada saya tentang betapa besar dan sukarnya untuk menjadi seorang pengurus,” kata Still. “Sebahagian besar daripada apa yang berlaku dalam permainan video sebenarnya adalah apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar, dan apabila anda melakukannya hari demi hari, anda menyedari betapa serupanya sebenarnya.
“Bunyinya bodoh mengatakan ini tetapi, terdapat begitu banyak aspek yang masuk akal. Contohnya, apabila anda membuat perpindahan, anda mempunyai tawaran awal, kemudian tawaran balas…kemudian anda mempunyai pemain yang tidak bersetuju dengan gajinya.
“Terdapat juga perbualan umum pemain, menyediakan rejim latihan, tahap kecergasan dan program latihan; kedua-dua secara kolektif dan individu. Dan semakin anda pergi ke perincian permainan, semakin anda memahami bagaimana ia berlaku dalam kehidupan sebenar.
“Jika anda bermain FM dengan cara yang mudah, hanya menetapkan pasukan anda dan memastikan perpindahan disusun, maka anda tidak akan belajar banyak. Tetapi lebih terperinci yang anda pelajari, semakin nyata ia sebenarnya. Saya fikir FM telah membantu saya menjadi jurulatih yang lebih baik.”