Penjualan tiket Kombo RM100 sudah dibuka, tunggu apa lagi ayuh turun stadium Ekor Harimau Malaya!

755

Hari ini 16 Mei telah bermulanya penjualan tiket Kombo RM100 untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan Jun ini.

Penjualan tiket kombo yang dijual pada harga istimewa ini hanya akan dijual secara dalam talian sahaja iaitu di www.ticketonline.com.my bermula hari ini sehingga 29 Mei 2022 sahaja.


Apa yang istimewanya adalah dengan harga RM100, pembeli tiket dapat menyaksikan enam perlawanan secara keseluruhan iaitu dua perlawanan pada satu hari.

Bagaimanapun bagi anda yang tidak sempat membeli tiket kombo jangan risau kerana anda boleh membeli tiket berasingan berharga RM120 untuk enam perlawanan yang mana setiap tiket berharga RM40 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak.

Inisiatif memperkenalkan tiket Kombo RM100 ini diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menggalakkan lebih ramai penyokong turun stadium.

FAM menyasarkan sebanyak 85,000 penyokong skuad kebangsaan yang dikenali dengan jolokan Ekor Harimau penuhi SNBJ pada setiap perlawanan membabitkan skuad kendalian Kim Pan-gon.

Sumber foto: FAM FB

Dengan harga yang berpatutan ini rasanya tiada alasan lagi buat penyokong untuk tidak turun ke stadium untuk memberi sokongan pada Harimau Malaya.

Tidak mustahil dengan sokongan padu 85,000 penyokong dapat membakar semangat pemain negara untuk pamer aksi yang terbaik sekaligus layak ke Piala Asia 2023.

Tak tahu cara nak beli tiket Kombo RM100 dalam talian? Jangan risau, ikut sahaja langkah-langkah seperti di bawah ini:

1. Daftar akaun.

2. Selesai daftar akaun, sila log keluar.

3. Buka kembali laman web tickethotline.com.my.

4. Pilih sports.

5. Pilih AFC Asia Cup China 2023 Qualifiers.

6. Pilih 3 days pass, AFC Asian Cup China 2023 Qualifiers (tekan butang Buy Ticket).

7.  Masukkan nombor kad pengenalan dan password yang diisi semasa daftar akaun. (Langkah 1)

8. Pilih 8 Jun Wednesday (baca dibahagian bawah, MESTI ADA TULIS 3 DAYS PASS, BUKAN DAY 1)

9. Baca terma dan syarat, tekan butang setuju.

10. Buat pembayaran.

11. Semak tiket anda di bahagian Order History.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk beli tiket Kombo RM100. Jumpa di SNBJ Ekor Harimau.