Percaturan KOM tak senaraikan Lee Hup Wei makan diri di Sukan SEA?

296

Sebelum berlangsungnya temasya Sukan SEA Hanoi, timbul kemelut membabitkan jaguh lompat tinggi negara iaitu Lee Hup Wei digugurkan dari senarai atlet ke temasya itu apabila ia digantikan dengan atlet muda, Nauraj Singh Randhawa.

Walaupun pada mulanya Hup Wei berasa lega apabila mendapat talian hayat, tetapi jawatankuasa pemilihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengubah keputusan itu sekali lagi apabila menyingkirkan nama beliau.


Keputusan itu menyaksikan pemenang pingat emas empat kali Sukan SEA itu mengambil keputusan bersara dari dunia olahraga.

Bagaimanapun percaturan yang dibuat KOM tampaknya memakan diri apabila dominasi Malaysia dalam acara lompat tinggi sejak 2005 berakhir apabila pingat emas dirampas oleh atlet Thailand, manakala Nauraj hanya mampu meraih pingat perak.

Seorang lagi atlet lompat tinggi negara, Mohamad Eizlan Dahalan pula berjaya meraih gangsa serta berjaya mencipta rekod terbaik peribadi baru.

Tidak dapat dinafikan KOM terpaksa membuat keputusan sukar apabila membuat pilihan samada Hup Wei atau Nauraj berikutan kedua-dua atlet ini sering mempamerkan aksi terbaik mereka.

Percaturan memilih Nauraj yang jarang tewas di peringkat seperti Sukan SEA dan punca kekalahan atlet itu mungkin atas faktor beliau bergelut sepanjang dalam latihan sebelum terbang ke Hanoi selain ini adalah pertandingan luar pertama beliau setelah hampir setahun.

Terdahulu beliau pernah menang pingat emas dalam tiga edisi berturut-turut iaitu 2013, 2015 dan 2017.

Siapa harus dipersalahkan atas kekalahan ini? Adakah sebab salah percaturan atau memang nasib tidak menyebelahi atlet negara?

Apa-apa pun semuanya sudah berlalu dan kita berharap selepas ini Nauraj dapat menebus semula kekecewaannya pada edisi akan datang.