Brad Maloney sah kekalkan 23 pemain sama tanpa Ramadhan Saifullah dan Hong Wan
Pengendali skuad kebangsaan B-23, Brad Maloney telah mengesahkan beliau mengambil keputusan untuk kekalkan 23 pemain sedia yang beraksi di temasya Sukan SEA Hanoi baru-baru ini.
Menurut Maloney, walaupun ada peluang untuk mendapatkan khidmat duo Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Ramadhan Saifullah dan Hong Wan, namun beliau tidak melihat keperluan itu.
“Ya memang kedua-dua pemain itu (Ramadhan & Hong Wan) adalah di dalam senarai 50 pemain saya, tapi lihatnya tiada keperluan untuk tambah pemain dan saya mahu kekal dengan pemain yang sedia ada.
Tambahan pula kami hanya boleh mendaftar 23 pemain sahaja, jadi lebih baik kekalkan pemain sedia ada,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Ditanya mengenai taktikal yang akan digunakan nanti, Maloney berkata barisan kejurulatihannya akan merangka taktikal dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan tidak akan kekal dengan taktikal yang sama.
Pada masa sama beliau juga tidak bimbang dengan cuaca sejuk di Uzbekistan nanti kerana percaya pemain-pemainnya akan cepat menyesuaikan diri.
Ini bukanlah kali pertama mereka bermain di cuaca sejuk kerana sebelum ini juga mereka pernah bermain di pusingan kelayakan yang berlangsung di Mongolia yang mana cuacanya lebih sejuk tetapi mereka berjaya menyesuaikan diri dan berjaya meraih keputusan baik.
Dalam pada itu, Maloney juga memberitahu bahawa kesemua pemain-pemainnya kini berada dalam keadaan terbaik.
“Semua pemain dalam keadaan baik dan tiada mana-mana pemain yang mengalami kecederaan, jadi kami pasti dapat beri saingan sengit kepada pihak lawan nanti.”
Antara nama yang pasti akan menjadi tumpuan sudah semestinya Luqman Hakim, Hadi Fayyadh, Syafiq Ismail, Quentin Cheng, Nik Akif, Azam Azmi dan beberapa lagi yang mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan sepanjang kempen Sukan SEA baru-baru ini.
Berikut adalah senarai 23 pemain yang akan beraksi di saingan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan yang mana Malaysia telah diundi dalam kumpulan bersama Korea Selatan, Vietnam dan Thailand.
Semoga skuad B-23 dapat membawa pulang kejayaan kepada negara dan kepada pemain-pemain, bermainlah sepenuh hati demi lencana di dada. Semoga berjaya Harimau Muda!