Kecewa dengan keputusan, tapi saya bangga dengan persembahan pemain – Ketua Jurulatih Bangladesh
Walaupun terpaksa akur dengan kehebatan Bahrain apabila mereka tumpas 2-0, tetapi ketua jurulatih Bangladesh, Javier Cabrera nyata bangga dengan aksi persembahan pemainnya yang menampilkan aksi yang cukup berdisiplin.
Walaupun diserang sejak awal perlawanan tetapi barisan pertahanan Bangladesh berjaya menyerap asakan dengan begitu baik sekali.
“Saya kecewa dengan keputusan, tapi saya bangga dengan aksi persembahan pemain-pemain saya yang sangat berdisiplin sepanjang perlawanan.
Kami ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama menerusi set-piece tetapi pada separuh masa kedua kami memperkuatkan lagi barisan pertahanan dan kami berjaya mengekang setiap serangan dan tidak bolos,”
katanya.
Cabrera juga meluahkan rasa kecewanya apabila pemainnya gagal mendapatkan jaringan ketika menyerang.
Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan pemainnya sebaliknya taktikal bertahan yang digunakan menyebabkan pemainnya tidak dapat mengatur serangan dengan baik.
Enggan terlalu memikirkan mengenai kekalahan sebaliknya beliau akan kembali merencana strategi baru untuk perlawanan kedua iaitu menentang Turkmenistan yang mana mereka akan cuba membuat kebangkitan.
Bangladesh kemudian akan bertemu dengan pasukan tuan rumah Malaysia pada perlawanan terakhir yang akan berlangsung pada 14 Jun ini.