Kami mahu menang baki dua perlawanan – ketua jurulatih Turkmenistan
Ketua jurulatih Turkmenistan, Yazguly Hojageldiyev berkata misi mereka ketika ini adalah mahu menang dalam baki dua perlawanan dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2023 bermula dengan Bangladesh pada Sabtu ini.
Hojageldiyev berkata demikian kerana mereka perlukan kemenangan sekiranya mahu layak ke pusingan akhir Piala Asia.
“Kami mahukan kemenangan. Pada perlawanan dengan Malaysia kami melakukan banyak kesilapan, tetapi untuk perlawanan kedua kami akan pamerkan aksi yang lebih baik sekaligus mencapai keputusan yang baik,”
katanya.
Pada perlawanan pertama yang berlangsung Rabu lalu, Turkmenistan telah dikejutkan Malaysia apabila mereka tumpas 3-1 yang mana mereka bolos dua gol dalam tempoh 20 minit yang pertama.
Pengendali berusia 45 tahun itu juga berkata mereka tidak boleh memandang enteng dengan pasukan lawan walaupun ranking Bangladesh lebih rendah.
“Kami tak rasakan tiga perlawanan ini senang, kami harus ibaratkan semua pasukan adalah bahaya.”
Dalam pada itu, ditanya samada beliau akan menggunakan taktikal berbeza apabila menentang Bangladesh susulan pasukan itu cukup terkenal dengan permainan low defending sekaligus menyukarkan pihak lawan untuk menembusi pertahanan untuk menjaringkan gol, Hojageldiyev berkata mereka akan bermain dengan cara sendiri.
Selepas Bangladesh, Turkmenistan akan berdepan dengan Bahrain pada perlawanan terakhir pada 14 Jun.
Bahrain merupakan pasukan pilihan yang kini berkongsi kedudukan teratas kumpulan bersama Malaysia dengan memungut tiga mata masing-masing.