Layak ke Piala Dunia, Awer Mabil jadi inspirasi buat pemain kem pelarian

136

Wakil AFC, Australia layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 Qatar apabila menewaskan Peru dari CONMEBOL dalam perlawanan kelayakan play-off awal pagi tadi dalam penentuan sepakan penalti.

Pemain yang menjadi tumpuan sudah semestinya Awer Mabil yang dilihat membalas kepercayaan Australia yang memberi kewarganegaraan dengan menyempurnakan sepakan penalti sekaligus membuatkan socceroos layak ke Piala Dunia buat kali kelima berturut-turut.


Bagi Mabil, detik menyempurnakan sepakan penalti merupakan tanda terima kasihnya kepada ketua jurulatih Australia, Graham Arnold yang menerimanya sebagai pemain dalam pasukan negara itu.

Namun begitu, bagi pemain yang bermula dari kem pelarian ini, tidak mudah baginya untuk mendapat kejayaan seperti sekarang.

Beliau bermula dari bawah dan perlu bersaing bersama pemain tempatan yang lain untuk mendapat tempat dalam skuad utama.

Walaupun bukan antara pemain yang ternama, beliau sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat pasukannya.

Mabil berharap sumbangannya dapat mencipta naratif baru buat pelarian di Australia.

Menjadi permain naturalisasi adalah tiket buatnya untuk membuktikan kemampuan sebenar dan sentiasa memberi aksi yang terbaik untuk Australia.  

Pemain Malaysia patut jadikan Mabil sebagai contoh terbaik kerana semangat juang dan ingin sentiasa maju dalam bola sepak walaupun bermula dengan serba kekurangan dan perut lapar.

Tiada alasan terutamanya buat pemain negara kita untuk tidak menjadi lebih baik dari Mabil.