SNBJ bergema dengan kehadiran 52,964 penyokong pada perlawanan akhir kumpulan E

431

Perlawanan terakhir Kumpuan E bagi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bangladesh telah menyaksikan 52,964 penyokong hadir bagi memberi sokongan buat pasukan negara.

Walaupun Harimau Malaya tewas 2-1 kepada Bahrain pada perlawanan pada Sabtu lalu, namun penyokong tetap setia memberi sokongan pada skuad negara.


Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mula dipenuhi penyokong seawal 4.00 petang walaupun sepak mula perlawanan pada jam 9.00 malam.

Berjersi kuning hitam, penyokong yang ditemui menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad negara dan yakin akan memenangi perlawanan malam ini.

Sorakan bertenaga dari Ultras Malaya dan penyokong lain ternyata memberi kesan yang cukup positif apabila pasukan negara berjaya mendahului pihak lawan dengan jaringan 2-1 pada separuh masa pertama.

Nyanyian semangat sentiasa bergema diiringi paluan gendang bagi membangkitkan semangat pemain negara mengamatkan lagi SNBJ.

Seperti dua perlawanan sebelum ini, Ultras Malaya tidak mengecewakan malah tetap teguh memberi sokongan dan sentiasa mendapat perhatian lensa-lensa kamera penyokong dalam stadium.

Selain kehadiran puluhan ribu penyokong dan Ultras Malaya, turut hadir menyaksikan perlawanan pada malam tadi adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob.

Turut datang bersama beliau adalah un Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Datuk Hamidin Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Selain penyokong tuan rumah, penyokong Bangladesh turut sama memeriahkan venue perlawanan malam ini.  

Walaupun kehadiran mereka memberi sokongan kepada pasukan Bangladesh, tetapi ada juga di kalangan mereka yang menyokong Harimau Malaya kerana bagi mereka Malaysia umpama rumah ke dua.

Ada penyokong Bangladesh yang memakai jersi Harimau Malaya dan duduk bersama penyokong tuan rumah.

Perlawanan terakhir Kumpulan E malam tadi menyaksikan tuan rumah Malaysia menang bergaya mengalahkan Bangladesh 4-1 dan sekaligus telah menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Terdahulu, perlawanan antara Bahrain menentang Turkmenistan turut berlangsung pada sebelah petang yang mana menyaksikan pasukan Bahrain menang dengan jaringan 1-0.

Harimau Malaya Kami ingin menunjukkan kepada anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terkini.
Dismiss
Allow Notifications