Selepas layak ke Piala Asia 2023, pemain yang pernah tolak tawaran FAM mula memberi ‘hint’ buat pasukan negara

31,005

Selepas Malaysia layak secara merit ke Piala Asia 2023, nama pemain yang mempunyai darah kacukan Malaysia iaitu Jaami Qureshi dan Wan Kuzain Wan Kamal mulai timbul.

Pemain kacukan Malaysia-Iraq iaitu Jaami Qureshi dikhabarkan dalam proses akhir melengkapkan dokumentasi pasportnya di Malaysia.


Namun, timbul persoalan disini kenapa secara tiba-tiba Jaami memilih Malaysia sedangkan dulu beliau pernah memberi bayangan untuk menyertai pasukan kebangsaan Iraq.

Bapanya juga menyatakan anaknya lebih berminat menyertai pasukan kebangsaan Iraq berbanding Malaysia.

Dalam pada itu, bapa Jaami pernah menimbulkan kontroversi bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mana beliau meminta anaknya diberi keistimewaan taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal oleh ketua jurulatih.

Malah beliau terus menyalahkan FAM dengan menyatakan FAM lambat bertindak dalam proses dokumentasi.

Setelah pelbagai masalah yang di timbulkan oleh bapanya, FAM membuat keputusan untuk menggugurkan Jaami Qureshi dari senarai pasukan kebangsaan B-19 ketika itu.

Pada masa sama, Wan Kuzain juga dilihat memberi bayangan kepada FAM dengan membuat hantaran di Twitter-nya mengucapkan tahniah kepada FAM.

Walaupun sekadar ucapan tahniah, pasti ada maksud yang tersirat disebaliknya kerana Wan Kuzain sudah banyak kali menunjukkan minat untuk mewakili negara sebelum ini namun ayahnya seakan-akan banyak karenah.

Ayah Wan Kuzain iaitu Wan Kamal pernah menaikkan status dilaman sosial Facebook miliknya berkenaan status Wan Kuzain bersama pasukan Harimau Malaya.

Wan Kamal menyatakan, jurulatih yang perlu invite atau call-up pemain untuk ke skuad kebangsaan bukannya tugas pemain yang menawarkan diri.

Malah beliau juga menyatakan ketua jurulatih negara Kim Pan-gon tidak mengenali anaknya dan ini menunjukkan seolah-olah peluang anaknya untuk beraksi bersama skuad kebangsaan amat tipis.

Yang menjadi persoalan sekarang, kenapa kedua-dua pemain ini menunjuk minat untuk menyertai pasukan kebangsaan selepas layak ke Piala Asia 2023 sedangkan sebelum ini pelbagai masalah timbul untuk mendapatkan kedua-dua pemain ini.

Adakah selepas melihat prestasi pasukan negara yang berada dalam landasan terbaik membuatkan mereka ini mula berminat?

Atau kedua-duanya merasakan mereka layak untuk dipanggil menyertai pasukan kebangsaan kerana mereka bermain di luar negara?

Walau apa komen yang diberi, pasti barisan kejurulatihan baharu di bawah pengedali Pan-gon akan meneliti kesemua pemain dari segenap aspek bagi menyarung jersi Harimau Malaya.