Boleh ke Jordi Amat didaftarkan selepas tarikh jendela perpindahan ditutup?

9,109

Tidak dapat dinafikan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata teruja apabila pemilik kelab iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail mendedahkan bahawa mereka akan membawa masuk pemain pertahanan Jordi Amat pada musim ini.

Jordi Amat merupakan pemain yang mempunyai pengalaman luas beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga yang mana ia akan memberi kelebihan buat skuad JDT yang kini bersaing di pentas tertinggi Asia.


JDT bagaimanapun masih lagi belum dapat membawa masuk pemain kacukan Sepanyol-Indonesia itu berikutan proses dukomentasi bagi mengesahkan taraf kerakyatan sebagai Warga Negara Indonesia masih lagi belum selesai.

“Musim ini, tapi kami masih lagi menunggu FA Indonesia untuk memberinya passport dan saya rasa jika mereka tak bagi ia adalah satu kerugian yang besar buat mereka,”

kata TMJ ketika sesi khas bersama peminat JDT yang berlangsung semalam.

Sekiranya Jordi Amat sudah mendapat kewarganegaraan Indonesia, beliau akan didaftarkan sebagai pemain import kouta ASEAN.

Baginda dalam kenyataan sama turut memberitahu bahawa pihak pengurusan JDT kini dalam rundingan akhir untuk menandatangani seorang lagi pemain import sebagai back-up kepada Leandro Velazquez yang mana identiti pemain baru itu masih lagi belum didedahkan.

“Kami juga ada seorang lagi pemain import yang akan back-up untuk Leandro Velazquez kalau ada apa-apa masalah seperti kecederaan. Oleh kerana buat masa ini rundingan dalam proses akhir jadi saya tak boleh sebut nama dia.”

Bagaimanapun ada satu perkara yang menjadi persoalan iaitu bolehkah JDT mendaftarkan pemain selepas tarikh jendela perpindahan pemain sudah ditutup?

Semua sedia maklum bahawa tarikh jendela perpindahan kedua Liga Malaysia sudah ditutup pada 24 Jun lalu sekaligus ia mencetuskan kekeliruan samada Jordi Amat benar-benar akan didaftarkan pada musim ini atau musim hadapan.

Malaysian Football League (MFL) jelas telah menyatakan jendela perpindahan kedua pada musim 2022 bermula pada 28 Mei dan ditutup pada 24 Jun 2022.

Jadi mungkin pihak pengurusan JDT boleh tampil untuk menjelaskan perkara berkenaan sekaligus dapat memberi gambaran jelas mengenai perkara ini.