Mengapa bakat Berlin Leong tidak digunakan sebaik-baiknya?

1,739

Skuad bola sepak wanita kebangsaan baru sahaja menamatkan dua aksi persahabatan menentang Bangladesh baru-baru dengan satu kekalahan dan satu seri.

Selepas dimalukan 6-0 pada perlawanan pertama, anak buah Jacob Joseph menampilkan aksi bertahan yang lebih kemas pada perlawanan kedua untuk mencatat keputusan seri 0-0.


Di sebalik keputusan kedua-dua perlawanan itu, ramai yang tertanya-tanya mengenai pemain muda negara yang beraksi bersama kelab Sepanyol, C. F. Pozuelo yang hanya beraksi kurang 30 minit.

Ini kerana beliau antara pemain yang sangat berbakat dalam skuad dan dianggap sebagai salah seorang prospek bola sepak wanita negara pada masa hadapan

Terdahulu Leong pernah mengatakan bahawa bola sepak wanita Malaysia masih menggunakan gaya lama, oleh itu beliau mahu bawa pengalamannya beraksi di luar negara ke dalam skuad negara.

Sudah tentu pengalaman dan ilmu yang diraihnya di Sepanyol mampu memberi manfaat ke dalam pasukan kebangsaan.

Tetapi apa yang pelik apabila pemain itu hanya diberi peluang untuk turun beraksi pada perlawanan kedua yang mana Leong hanya dimasukkan pada minit ke-68 sekaligus mencetuskan persoalan dalam kalangan penyokong.

Ini kerana dengan pengalaman yang ada pada Leong, beliau sepatutnya diberi peluang untuk turun beraksi dalam kedua-dua perlawanan dengan minit permainan yang lebih banyak.

Sayang jika bakat serta kebolehannya tidak digunakan dengan sebaik-baiknya dan sekadar menjadi pelengkap dalam pasukan.

Adakah terdapat sebab-sebab tertentu dari segi taktikal yang dilihat tidak sesuai buat pemain itu? Adakah penyokong Malayan Tigress akan dapat melihat beliau beraksi dengan lebih kerap terutama pada kejohanan Piala AFF wanita yang akan bermula 4 Julai ini?

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen