Venue perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaya masih belum ditetapkan

1,075

Susulan kejayaan skuad kebangsaan layak ke Piala Asia 2023, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ketua jurulatih, Kim Pan-gon sudah mempunyai perancangan untuk mempersiapkan pasukan.

Harimau Malaya akan mengadakan dua perlawanan persahabatan pada kalendar antarabangsa FIFA (Persekutan Bola Sepak Malaysia) pada September dan November yang mana kedua-dua perlawanan itu akan diadakan di Malaysia.


FAM bagaimanapun masih belum menetapkan venue atau stadium yang akan menjadi home buat skuad Harimau Malaya susulan Stadium Nasional Bukit Jalil sememangnya tidak dapat digunakan ketika itu.

“Kita belum tahu lagi stadium mana yang kita akan guna kerana kita perlu lihat terlebih dahulu stadium manakah yang bersedia untuk mengadakan perlawanan antarabangsa,”

ujar Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar kepada Harimau Malaya.

Selain perlawanan persahabatan, Pan-gon juga akan memanggil skuad negara untuk menjalani kem latihan berpusat pada 15 hingga 27 September depan sebagai persiapan untuk menyertai Kejohanan Empat Penjuru dari 22 hingga 25 September.

Kejohanan itu akan disertai oleh pasukan yang rankingnya lebih tinggi dari pasukan kebangsaan.

“Kejohanan ini dijangka akan berlangsung samada di Hat Yai atau pun Pattaya. Pasukan lain yang turut disertai juga rankingnya lebih tinggi dari pasukan kebangsaan, tetapi kami tidak boleh dedahkan lagi nama pasukan-pasukan tersebut kerana ia akan diumumkan oleh pihak penganjur.”

Beliau bagaimanapun memberi bayangan bahawa pasukan yang akan menyertai kejohanan tersebut adalah daripada Asia, Timur Tengah atau Amerika Latin.

Selain Kejohanan 4 Penjuru, anak buah Pan-gon juga akan mempunyai satu lagi kejohanan pada hujung tahun ini iaitu Piala AFF yang akan berlangsung pada 21 Disember 2022 hingga 17 Januari 2023.