Romel Morales mahu dinaturalisasikan

893

Pemenang dan penjaring terbanyak Piala Malaysia, Romel Morales berminat untuk dinaturalisasikan. Berdasarkan prestasi dan umurnya yang masih muda, Morales bakal menjadi aset berharga kepada Harimau Malaya jika berlakunya naturalisasi ini kelak. Akan tetapi program naturalisasi dimansuhkan seketika untuk Harimau Malaya. Tetapi KL City tidak mempunyai sebarang halangan atau masalah jika mahu terus menaturalisasikan Romel Morales ini.

Pada tahun 2022 akan menjadi tahun kelima buat Morales beraksi dalam kancah Liga Malaysia jadi sudah cukup syarat yang telah ditetapkan oleh FIFA dan FAM untuk beliau dinaturalisasikan. Kenapa Romel Morales wajar dinaturalisasikan?


Faktor pertama adalah skuad negara sekarang tidak mempunyai penyerang yang betul-betul kualiti untuk menjadi mesin gol mahupun menggalas status selaku penyerang utama. Skuad negara agak ketandusan di bahagian penyerang justeru kita harus mengambil inisiatif lain bagi memperkuat jentera serangan Harimau Malaya yang longlai ketika ini dalam mendapatkan gol.

Faktor kedua pula adalah bagi menjaga imej para pemain naturalisasi yang telah tercemar akibat persembahan pemain yang dinaturalisasikan sebelum ini. Jadi bagi mendapatkan semula kepercayaan terutamanya sekali pihak FAM untuk mendapatkan semula kebenaran menaturalisasikan pemain untuk Harimau Malaya pemain wajib menonjolkan bakat dan kemahiran yang ada serta memberi komitmen seratus peritus terhadap pasukan.

Faktor ketiga adalah pasukan Harimau Malaya boleh melakukan perancangan masa yang panjang. Bersesuaian dengan umur Morales yang masih muda dan ditambah dengan tenaga muda Harimau Malaya sedia ada pasti dapat menghasilkan sesuatu yang meletop. Sejauh mana Romel Morales mahu beraksi untuk Harimau Malaya nantikan cerita eksklusif dari Romel Morales sendiri kita akan berkata-kata.

Sumber Foto : KL City Official