Kemana hala tuju Sri Pahang FC

338

Sri Pahang FC telah mengumumkan bahawa seramai 14 pemain bakal meninggalkan pasukan diantaranya Muslim Ahmad, Helmi Eliza, Faisal Rosli dan lain-lain. Jadi kemanakah hala tuju pasukan yang digelar Tok Gajah. Pada musim ini skuad Tok Gajah menamatkan kedudukan di tangga ke 10 dalam carta Liga Super lalu menimbulkan ketidakpuasan hati pada pengurusannya.  Setelah berakhirnya kejohanan Piala Malaysia, Jurulatihnya Dollah Salleh menyatakan beliau menyerahkan statusnya kepada pihak pengurusan sebagai ketua jurulatih.

Skuad Tok Gajah dalam dilema bagi mendapatkan jurulatih yang baru untuk membentuk sebuah pasukan yang digeruni kembali. Sri Pahang FC dikhabarkan sedang menimbang untuk menjadikan Christophe Gamel sebagai ketua jurulatih Skuad Tok Gajah pada musim hadapan. Selain itu, mengapa Christophe Gamel layak menjadi jurulatih utama kerana pada musim 2021 beliau adalah ketua jurulatih bagi skuad bawah 21 tahun Tok Gajah.


Sumber Foto : Agensi

Setelah selesai kemelut pemilihan jurulatih, pemilihan para pemain boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian taktikal yang akan digunakan. Gamel yang telah bersama skuad Sri Pahang B21 pada musim ini ternyata tidak mempunyai masalah untuk susun atur taktikal dan mengetahui kelebihan para pemainnya dengan lebih mendalam. Di samping itu, dengan kehadiran Gamel juga bakal menyaksikan skuad Sri Pahang akan menggunakan banyak khidmat tenaga muda dalam membina semula empayar Skuad Sri Pahang FC.

Malahan pihak pengurusan juga harus bertindak tegas dalam isu pembayaran gaji jika tidak mahu mengulangi zaman seperti zaman kejatuhan Sri Pahang beberapa tahun yang lalu. Mereka harus bijak mengatur dana kewangan pasukan dan mengawal kadar gaji supaya tidak berbelanja lebih. Dengan baru sahaja mendapat tajaan daripada pembekal peralatan sukan bumiputera berjenama tempatan Hakka CLo Plt yang bernilai RM 1,131,533 di harap Sri Pahang FC dapat memyuntik semangat para pemain mempamerkan aksi yang menarik sehingga mendatangkan kejayaan kepada Skuad Tok Gajah Ini.

Jadi apa yang akan berlaku kepada Sri Pahang FC pada musim hadapan. Ayuh sama-sama kita nantikan Liga Malaysia pada musim hadapan kita lihat sejauh mana Christophe Gamel mampu membawa skuad Sri Pahang FC ini.