Kami bermain lebih baik di separuh masa kedua tetapi tiada ‘luck’ jaringkan gol – Siti Zahirah Atirah

315

Pertahanan B-18 wanita negara, Siti Zahirah Atirah menyifatkan Malaysia kurang bernasib baik apabila gagal menjaringkan gol ketika bertemu Myanmar pada perlawanan pembukaan Piala AFF Wanita B-18 semalam.

Menurutnya, mereka bermain dengan lebih baik pada separuh masa kedua tetapi tewas selepas melepaskan dua gol.


“Pada separuh masa pertama saya tidak begitu berpuas hati kerana kami hanya bertahan di kawasan kami dan jarang melancarkan serangan.

Pada separuh masa kedua baru kami berjaya melancarkan banyak serangan melalui serangan balas,”

katanya.

Pada perlawanan berikutnya menentang Australia, Zahirah tidak mahu tewas lagi dan menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Beliau berkata, pemain kini sudah tidak memikirkan apa yang berlaku ketika menentang Myanmar dan fokus terhadap perlawanan seterusnya.

Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan B dan akan bertemu Australia yang kini sedang memimpin kumpulan selepas menang besar 4-0 menentang Filipina.