Pengalaman bersama skuad B-19 banyak bantu Haqimi Azim di KL City FC

1,297

Penyerang muda, Haqimi Azim mengakui pengalamannya beraksi bersama skuad B-19 negara banyak membantunya dalam perkembangan prestasi bersama kelabnya KL City FC.

“Main untuk Malaysia adalah satu pengalaman yang cukup besar buat saya. Saya banyak belajar bersama coach Hassan Sazali dan saya gunakan ketika bersama KL City.

Saya sendiri nampak hasil perkembangan dalam pasukan dan rasa diri saya semakin maju ke depan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Walaupun sudah memperlihatkan peningkatan prestasi, Haqimi bagaimanapun tidak akan berasa selesa, sebaliknya beliau akan terus tingkatkan kualiti permainnya.


Terdahulu, Haqimi menjadi antara tonggak utama yang berjaya membantu skuad B-19 menjuarai saingan Piala AFF B-19 baru-baru ini di Indonesia.

Dalam pada itu, Haqimi yang dimasukkan pada separuh masa kedua pada perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC telah berjaya membatu pasukan KL City menang 2-1 sekaligus bawa pulang tiga mata penuh.

Haqimi pada masa sama turut berterima kasih kepada jurulatih Bojan Hodak dan juga rakan sepasukan yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman kerana beliau sendiri merasakan masih banyak perkara yang perlu dipelajari.

“Saya akan terus belajar dan belajar termasuk bekerja keras untuk pastikan saya mampu beraksi dengan baik apabila diturunkan.”