Harini FT antara kelab M3 paling stabil, pengurusan memang dah bersedia main di Liga Super – Mohd Fauzi Pilus

484

Ketua Jurulatih Harini FT, Mohd Fauzi Pilus menganggap pengurusan kelab itu adalah antara yang terbaik dalam Liga M3 dan merasakan sudah bersedia untuk memasuki Liga Super sekiranya layak.

Menurutnya, berpandukan kepada konsep yang telah diberitahu pihak Malaysian Football League (MFL), pihaknya merasakan mempunyai potensi untuk berada di liga utama negara itu.


“Bagi saya Harini FT memang telah bersedia dari aspek dokumentasi sebab itulah ada perbincangan untuk naik ke Liga Super.

Sudah tentu prospek bermain di liga tertinggi adalah satu batu loncatan yang baik untuk pihak pengurusan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Mohd Fauzi berkata, sebagai ketua jurulatih beliau hanya menjalankan tugasnya bagi mengadaptasikan proses tersebut mengikut kemampuan pasukan.

Katanya, pihak pengurusan memang menetapkan sasaran menjuarai Liga M3 jadi beliau mahu memfokuskan pasukan untuk menghadapi baki saingan liga dan peringkat suku akhir selepas ini.

Mohd Fauzi yang masuk menggantikan G. Muthu pada pertengahan musim berkata, sama ada mereka layak ke Liga Super atau kekal di Liga M3 musim depan, beliau akan terus menjalankan tugas seperti biasa untuk mempersiapkan pasukan menghadapi mana-mana kejohanan.

“Peranan saya adalah untuk mengubah ‘behaviours of the game’, itu paling penting sekali dan merupakan sasaran saya ketika mengambil alih pasukan.

Pihak pengurusan juga faham objektif saya dan mereka lihat apa yang saya cuba terapkan itu hampir tercapai.”

Mengulas mengenai penambahan pasukan dalam Liga Super kepada 18 musim depan, beliau melihat ia satu perkara yang positif dari segi pemasaran dan promosi liga.

Selain itu, beliau menjangkakan liga akan menjadi lebih kompetitif dengan jumlah permainan yang meningkat.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen