Azidan Sarudin, Hafiz Kamal enggan Harini FT jadi pasukan belasahan dalam Liga Super

612

Pemain tengah Harini FT, Hafiz Kamal tidak mahu kelab itu menjadi pasukan belasahan dan sekadar pelengkap jadual sekiranya berjaya layak ke Liga Super musim depan.

Beliau mengakui jurang antara pasukan-pasukan di Liga Super dan Liga M3 sangat jauh, tetapi bertekad mahu meningkatkan prestasi bagi bersaing dengan kelab-kelab besar.


“Kalau kita layak ke Liga Super musim depan takkan kita nak jadi pasukan belasahan saja, kita harus ada semangat untuk bersaing.

Jadi bila dah ada peluang ini kita kena ambil dan tunjukkan apa yang kita boleh buat,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, rakan sepasukannya, Azidan Sarudin turut sependapat dengan beliau dan mengakui terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki oleh mereka.

Katanya, para pemain sudah bersedia untuk bersaing di liga tersebut selepas mendapat tahu mereka mempunyai peluang dengan penambahan pasukan kepada 18.

“Rancangan kami tahun ini memang nak ke Liga Super, jadi kami perlu bersaing untuk isi dua slot tersebut.

Musim depan pun kuota pemain import juga sudah ditingkatkan kepada sembilan jadi kena bersaing juga untuk peluang bermain.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen