Kasma Daniel jadikan kemenangan di MSBK sebagai latihan sebelum hadapi FIM Asia Road Racing Championship
Pelumba dari Yamaha Gen Blu Racing Team, Kasma Daniel Kasmayuddin telah membuka tirai Malaysia Superbike Championship (MSBK) dengan cemerlang apabila berjaya menjuarai MSBK1000 A Class.
Dalam perlumbaan 10 lap itu memperlihatkan Kasma mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga apabila jauh meninggalkan lawannya dengan catatan masa 21’31:844s.
“Disebalik keterujaan dengan kemenangan ini, saya ada cabaran lebih besar lagi menanti saya iaitu FIM Asia Road Racing Championship yang akan berlangsung di Sugo. Perlumbaan ini saya jadikan sebagai platform latihan untuk meningkatkan lagi persembahan saya untuk perlumbaan akan datang.
Dengan perlumbaan ini juga saya dapat mengenal pasti setup motorsikal yang diperlukan selain memperbaiki kualiti tunggangan saya. Kemenangan ini sudah pasti akan menambah keyakinan dan saya tidak sabar untuk cabaran akan datang,”
katanya.
Tempat kedua adalah Azlan Shah Kamaruzaman dari Horizon Racing Team, mencatat masa 21’42:494s, manakala tempat ketiga pula milik Ahmad Daniel Haiqal dengan catatan masa 22’03:443s.
Dalam pada itu, Khoo Chee Yen dari Mobilub Suzuki Racing Team pula berjaya meraih tempat pertama dalam saingan MSBK1000 B Class selepas membuat catatan masa terpantas 23’18:273s.
Beliau yang sudah mencipta nama dalam MSBK Championship sebelum ini tidak berjaya mencatat masa terpantas ketika sesi latihan, tetapi CY Khoo telah membuktikan kehebatannya apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama.
“Perlumbaan 1 sangat baik dan nasib menyebelahi saya. saya ada peluang untuk kukuhkan posisi saya apabila ada pelumba yang terbabas di hadapan saya. Ia memberi saya kelebihan.
Untuk Perlumbaan 2 dan Perlumbaan 3 ia masih minggu yang panjang jadi kami perlu kekal konsisten. Diharap ia akan membantu kami untuk kekalkan posisi yang baik.”
Sementara itu, untuk kelas MSBK600 pula didominasi oleh Khairul Idham Pawi dari Boon Siew Honda Racing Team apabila berjaya melepasi garisan penamat dengan catatan masa 21’53:773s, manakala untuk MSBK250 A Class, Muhammad Farish Hafiy Farid Sezli dari SIC Racing berjaya raih muncul juara dengan catatan masa 20’18:539s.
Muhammad Fauzi Hasan pula berjaya mendahului dalam kategori MSBK250 B Class apabila menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 21’51:936s.
Untuk musim ini, MSBK turut memperkenalkan kelas baru iaitu Yamalube Yahama Y16ZR Race MasterClass dengan Muhd Adie Putra Sukarno dari TME Motorsports berjaya mendominasi perlumbaan sengit dengan catatan masa 17’49:383s.
Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan:
Top 4 Pemenang – MSBK1000 A Class
1. Kasma Daniel Kasmayuddin, YAMAHA GEN BLU RACING TEAM, 21’31:844s
2. Azlan Shah Kamaruzaman, HORIZON RACING TEAM, 21’42:494s
3. Ahmad Daniel Haiqal, 22’03:443s
4. Rajini Krishnan, RACR CASTROL POWER 1 ULTIMATE, 22’44:163s
Top 5 – MSBK1000 B Class
1. Khoo Chee Yen, MOBILUB SUZUKI RACING TEAM, 23’18:273s
2. Muhd Syukri Mat Zoki, ESRA RACING TEAM, 23’29:484s
3. Raja Nazeem Iskandar, 23’33:297s
4. Tee Wee Jin, MOBILUB SUZUKI RACING TEAM, 23’27:360s
5. Micheal Luke Stone, ESRA RACING TEAM, 23’39:855s
Top 5 Pemenang – MSBK600 Class
1. Khairul Idham Pawi, BOON SIEW HONDA RACING TEAM, 21’53:773s
2. Azroy Hakeem Anuar, BOON SIEW HONDA RACING TEAM, 21’53:852s
3. Muhd Ibrahim Mohd Norrodin, SIC RACING TEAM, 21’58:191
4. M. Danial Syahmi A. Shahril, SIC RACING TEAM, 22’06:956s
5. Muhd Syarifudin Azman, SIC RACING TEAM, 22’19:907sc
Top 5 Pemenang – MSBK250 A Class
1. Muhammad Farish Hafiy Farid Sezli, SIC RACING, 20’18:539s
2. Farres Putra Mohd Fadhill, SIC RACING, 20’19:498s
3. Emir Idzhar Ezuan, SIC RACING, 20’19:568s
4. Muhd Zakir Naqiuddin, BTECH RACING TEAM, 21’07:663s
5. Muhd Irfan Haykal Amidi, BOON SIEW HONDA RACING, 21’45:372s
Top 5 – MSBK250 B Class
1. Muhammad Fauzi Hasan, 21’51:936s
2. Ahmad Fariz Zafri, 21’54:328s
3. Muhd Nur Haikal M. Nur Fikri, 22’37:423s
4. Saidatul Zakirah Zairin, BTECH RACING TEAM, 22’42:260s
5. Siti Norsyafiyah Alia, BTECH RACING TEAM, 22’59:731s
Top 5 Pemenang – Yamalube Yamaha Y16ZR Race MasterClass
1. Muhd Adie Putra Sukarno, TME MOTORSPORTS, 17’49:383s
2. Ahmad Syukran Aizzat Yusoff, ADVANCE VERTEX RACING, 17’49: 446s
3. M. Norhakim Norhafizullah, TAKONG RACING, 17’49:592s
4. Danial Johan, HOCK LIONG MOTOR RACING, 17’49:642s
5. Muhd Fareez Afeez A. Rahman, SINGDECA RACING, 17’49:730s