Selangor miliki peluang cerah ke final Piala FA, perlu beraksi baik 90 minit permainan – Quentin Cheng

428

Pertahanan Selangor FC, Quentin Cheng percaya kemampuan pasukan Selangor FC untuk beri aksi terbaik dan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini.

Menurut Quentin, tiada yang mustahil sekiranya kesemua pemain berjaya beraksi konsisten sehingga ke wisel penamat.


“Kami mempunyai peluang yang baik, sekiranya kami mampu mengalahkan mana-mana pasukan sekiranya pasukan berjaya mempamerkan aksi yang baik ketika itu.

Kami perlu beraksi dengan baik sepanjang perlawanan, bukan untuk separuh masa sahaja,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Kekurangan ini jelas terlihat pada perlawanan menentang Negeri Sembilan FC yang menyaksikan Selangor tewas 3-2 di tempat sendiri.

Selangor dilihat lebih menguasai perlawanan dengan dua jaringan pada separuh masa pertama, namun kelebihan itu tidak bertahan lama selepas pasukan Negeri Sembilan berjaya mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk kembali memenangi perlawanaan tersebut.

“Saya rasa jaringan Sean sangat menakjubkan dan kita tidak mampu untuk menghalang perkara tersebut.

Kami perlu kembali ke latihan dan memperbaiki pertahanan ketika berhadapan dengan set pieces selepas ini.”

Kelemahan pasukan The Red Giant berhadapan dengan set pieces perlu segera diperbaiki menjelang aksi separuh akhir Piala FA bertemu Terengganu FC Sabtu ini (6 Ogos).

Pada masa yang sama, Quentin tidak melihat tekanan yang diberikan oleh penyokong memberi kesan kepada moral para pemain.

Sebelum ini, para penyokong mendesak pihak pengurusan untuk melakukan pertukaran di barisan kejurulatihan selepas ketua jurulatih, Michael Feichtenbeiner gagal membimbing pasukan mencapai aksi yang konsisten.

“Bila kita bermain untuk pasukan besar seperti Selangor FC, kita akan menjangkakan tekanan sebegini tambahan pula jika kita tidak berjaya mempamerkan aksi yang berkualiti.

Tetapi kami adalah pemain yang positif, kami akan cuba bekerjasama untuk memperbaiki kesilapan.”

Diharap agar pemain Selangor dapat segera bangkit daripada kekecewaan untuk memastikan aksi yang lebih bertenaga pada perlawanan akan datang untuk memastikan mereka kembali di landasan tepat.