Percaya kepada kemampuan sendiri jadi kunci kebangkitan pasukan Negeri Sembilan FC – Gustavo Almeida
Penyerang pasukan Negeri Sembilan FC, Gustavo Almeida percaya semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya berjaya membawa kemenangan pada perlawanan menentang Selangor FC malam tado (1 Ogos).
Meskipun ketinggalan pada babak awal perlawanan, para pemain skuad Hobin Jang Hobin tidak terkesan dan kembali mendapat rentak untuk melakukan kebangkitan menakjubkan.
“Kami percaya dengan kemampuan kami, kami saling memberi motivasi meskipun ketinggalan pada awal permainan.
Kami terus percaya dan percaya dan perkara itu menjadi pembakar semangat untuk kami kembali bangkit,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Dua gol jaringan Gustavo berjaya mengembalikan semangat pasukan untuk terus memberi asakan demi asakan ke arah gawang lawan.
Malam gemilang Negeri Sembilan dilengkapkan dengan rembatan jarak jauh penyerang, Sean Selvaraj yang terus menerjah jaring untuk membawa pasukannya terus mencengkam kedudukan di tangga ketiga liga di belakang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dan Sabah FC.
“Ini adalah bola sepak, keadaan sentiasa berubah dan malam ini merupakan perlawanan yang baik untuk saya dan pasukan.
Saya harap kami akan terus beraksi seperti ini pada perlawanan seterusnya.”
Ketajaman Gustavo di bahagian hadapan akan terus ditagih oleh ketua jurulatih, K. Devan untuk memastikan pasukannya mengakhiri musim ini di kedudukan yang baik