Lokasi kejohanan tidak memainkan peranan yang besar kepada kejayaan pasukan – Osmera Omaro

126

Ketua jurulatih skuad B-16 negara, Osmera Omaro berpendapat bahawa lokasi kejohanan tidak memainkan peranan yang besar kepada kejayaan sesebuah pasukan.

Skuad Harimau Muda akan berhadapan dengan pasukan Kemboja di perlawanan pertama Kumpulan C kejohanan Piala AFF B-16 Selasa ini.


Pasukan lain di dalam kumpulan ini adalah Kemboja dan Australia.

Terbaru, pasukan B-19 negara di bawah kendalian ketua jurulatih, Hassan Sazali telah berjaya dinobatkan sebagai juara pada kejohanan Piala AFF B-19 yang turut diadakan di Indonesia.

“Bola sepak Malaysia sedang melalui revolusi kecil pada ketika ini, selepas kita melihat kejayaan skuad senior dan B-19 sebelum ini.

Keyakinan yang sama kami harap dapat dibawa oleh pasukan B-16 ini, jika kami dapat bermain dengan baik, tempat dan lokasi tidak memberi kesan yang besar,”

kata Osmera.

Kebanyakan pemain yang dibawa ke Indonesia merupakan pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang telah sekian lama berlatih bersama-sama di bawah bimbingan Osmera.

Persefahaman yang baik ini akan menjadi senjata terbaik bagi membantu pasukan negara dalam mempertahankan kejuaraan yang pernah dimenangi pada tahun 2019.

Pada masa yang sama, kehadiran tiga orang pemain dari pasukan B-16 Johor Darul Ta’zim akan menambahkan lagi kualiti dan kemampuan yang dimiliki oleh pasukan ini.