Saya letak Jafri Firdaus Chew di bahagian pertahanan kerana beliau ada fizikal – Zainal Abidin

2,571

Ketua jurulatih Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh para pemain membuatkan pasukannya dibelasah 6-1 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan separuh akhir Piala FA malam tadi.

Menurutnya, anak buahnya bermain dengan baik pada separuh masa pertama namun hilang tumpuan selepas melepaskan gol pertama.


“Pada separuh masa kedua bila kita mula buka ruang untuk pasukan lawan, mereka terus menghukum kita.

Lepas buat kesilapan kami patut baiki tetapi kami terus lakukan kesilapan dan tidak memperbaiki bahagian tengah dan pertahanan kami,”

katanya.

Walaupun begitu, beliau merasakan bermain dengan pasukan yang hebat seperti JDT dapat mengenal pasti kelemahan pasukannya dan apa yang perlu diperbaiki dalam menghadapi baki perlawanan Liga Super.

Dalam pada itu, Zainal berkata beliau meletakkan Jafri Firdaus Chew di bahagian pertahanan kerana pemain itu mempunyai fizikal serta mampu melakukan asakan terhadap pihak lawan.

“Saya memang ubah dah latih beliau untuk jadi seorang pertahanan dan telah berbincang dengan staf teknikal dan pemain itu sendiri.

Saya rasa beliau salah seorang pemain terbaik untuk Penang malam ini, bermain di posisi yang baru beliau sudah tunjukkan kepercayaan kepada saya untuk terus meletakkannya di situ.”

Penang tewas 6-1 hasil jaringan Bergson da Silva, Fernando Forestieri, Syahmi Safari serta hatrik daripada Arif Aiman manakala gol Penang dijaringkan oleh Lucas Silva.