Walaupun menang besar, Hector Bidoglio masih cari ruang untuk perbaiki pasukan

3,938

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio merasakan masih ada ruang buat pasukannya untuk memperbaiki permainan walaupun mencatatkan kemenangan besar dalam dua perlawanan pertamanya.

Menurutnya, berada di kelab besar seperti JDT, beliau sentiasa mahukan lebih lagi dalam setiap permainan.


“Kita sentiasa mahu memperbaiki permainan, hari ini kita lepasknan satu gol melalui set piece dan kami akan cuba perbaiki perkara itu.

Kita akan terus berusaha dengan lebih kuat dan bermain dengan baik seperti hari ini,” 

katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Penang FC yang memihak kepada JDT 6-1.

Menurut Bidoglio, sesiapa pun yang akan dihadapi pada perlawanan akhir nanti, beliau hanya akan fokus untuk memperkuatkan lagi pasukan.

“Sesiapa saja yang akan kami temui nanti sudah tentu mereka adalah pasukan yang kuat dan bagus.

Tetapi lebih baik kami fokus terhadap pasukan kami untuk terus bermain dengan baik.”

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail kerana memberinya peluang untuk mengendalikan JDT.

Beliau juga berterima kasih kepada anak buahnya kerana menampilkan usaha yang mantap bagi melangkah ke perlawanan akhir.