Ketika pemain Selangor FC nak sepak penalti, dalam fikiran saya hanya bayangkan ayah saya saja – Rahadiazli Rahalim

14,572

Penjaga gol tinggi lampai Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim meluahkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada ayahnya yang telah menjadi sumber inspirasi buatnya sehingga beliau mencapai kejayaan.

Rahadiazli berkata demikian selepas beliau telah membantu Terengganu menewaskan Selangor FC dalam perlawanan separuh akhir Piala FA malam tadi yang mana menyaksikan beliau telah menyelamatkan dua sepakan penalti selepas perlawanan diheret hingga ke penentuan penalti.


“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada ayah saya kerana beliau merupakan sumber inspirasi buat saya dan beliau juga banyak mengajar saya mengenai sepakan penalti.

Ketika pihak lawan nak ambil sepakan penalti, saya hanya bayangkan ayah saya saja,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Penjaga muda negara ini juga berkata pengalamannya berdepan dengan situasi penentuan penalti ketika bersama skuad B-23 negara sebelum ini memberinya lebih keyakinan untuk menyelamatkan sepakan daripada pemain lawan.

Dalam pada itu, Rahadiazli mengakui berasa sedikit gementar apabila menyaksikan lebih 33,000 penyokong turun membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk perlawanan malam tadi.

“Ketika saya masuk padang untuk latihan panaskan badan, saya berasa sedikit gementar apabila melihat puluhan ribu penyokong dalam stadium. Perasaan gementar itu sekejap sahaja kerana selepas itu saya rasa bersemangat sepanjang perlawanan sehingga ke tiupan wisel terakhir.”

Beliau pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada ketua jurulatih, Nafuzi Zain yang telah memberi peluang dan kepercayaan kepadanya untuk turun selaku penjaga gol utama walaupun beliau seorang pemain muda.

Terengganu yang layak ke perlawanan akhir akan menentang dengan juara lapan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sebelum ini telah layak terlebih dahulu selepas membelasah Penang FC 6-1 pada perlawanan separuh akhir pertama.

Sementara itu, Rahadiazli percaya Nafuzi mempunyai percaturan dan taktikal ampuh yang akan digunakan pada perlawanan akhir nanti