Malam ini bukan rezeki pasukan Selangor FC – Shahrul Nazeem

1,118

Pemain pertahanan Selangor FC, Shahrul Nazeem kecewa apabila tewas di tangan Terengganu FC dalam penentuan sepakan penalti 4-2 apabila terikat 1-1 selepas 120 minit permainan.

Kekalahan itu menyaksikan kempen Selangor dalam saingan Piala FA kandas di tengah jalan.


“Pertama sekali saya memang kecewa sangatlah pada perlawanan malam apabila kami kalah. Kami dah usaha dengan bak tapi malam ini bukan rezeki kami.

Tambahan pula pemain-pemain sudah pamerkan aksi terbaik mereka dan keputusan pada malam ini (Sabtu) sangat mengecewakan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Selangor bermula dengan garang pada separuh masa pertama apabila mereka mendominasi perlawanan sejak wisel ditiupkan dan ia telah membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-23 menerusi Norhakim Hassan.

Bagaimanapun masuk separuh masa kedua, giliran Terengganu pula mendominasi perlawanan dan kelekaan telah menyebabkan berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang sensasi mereka Faisal Halim pada minit ke-48.

“Bagi saya mungkin kat situ kami leka menyebabkan mereka dapat jaringkan gol. Tapi saya tak boleh cakap apa-apa kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Kami berserah saja. Kami hanya mampu buat yang terbaik sahaja.”

Dalam pada itu, Shahrul yang diberi tanggungjawab untuk mengawal Faisal Halim mengakui beliau berdepan situasi yang cukup sukar.

“Faisal Halim bukan calang-calang pemain kerana beliau sangat bagus dan lincah, tambahan pula saya tidak dapat beraksi dengan ‘agresif’ berikutan sudah dikenakan kad kuning sekaligus ia menyebabkan saya perlu beraksi dengan lebih berhati-hti kerana bimbang dibuang padang.”

Sementara itu, Shahrul berkata beliau dan sepasukan akan cuba bangkit memperbaiki segala kelemahan mereka untuk menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

Selangor dan Terengganu akan bertemu semula pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ pada 17 Ogos ini dalam misi membalas dendam ke atas kekalahan yang mereka hadapi pada 17 Ogos ini.