MUFC tidak berpuas hati dengan Zainal Abidin

174

Ketua Jurulatih Melaka United iaitu Zainal Abidin Hassan bakal meninggalkan skuad Hang Tuah ini setelah pengurusannya dikhabarkan sedang mencari calon jurulatih yang baru bagi menggantikan beliau. Pada mulanya prestasi Zainal Abidin bersama Melaka United agak goyah kerana setelah lima perlawanan baru skuadnya mampu menghasilkan kemenangan. Melaka United menamatkan saingan Liga Super di tempat kelapan pada musim 2021 ini tetapi beliau berjaya membawa skuad ini sehingga ke peringkat separuh akhir yang tewas kepada KL City FC.

Setelah tiga musim bersama Melaka United, Zainal Abidin masih belum mampu membawa trofi pulang ke negeri bandar bersejarah ini. Kali terakhir Melaka United mengangkat piala adalah pada tahun 2016 iaitu piala Liga Premier. Banyak spekulasi megatakan bahawa pihak pengurusan Melaka United FC campur tangan tentang soal pemilihan pemain sehingga menyebabkan jurulatih tidak dapat pemain yang beliau inginkan. Apabila berlaku campur tangan begini jurulatih tidak dapat menggunakan perancangannya sendiri yang telah disusun. Semestinya setiap jurulatih telah mempunyai resepi tersendiri untuk membentuk satu pasukan atau satu unit yang ampuh.


Desas desus yang kami dapat pihak Melaka United FC sedang mensasarkan seorang pembantu jurulatih ketika ini di KL City FC iaitu Nenad Bacina. Nenad Bacina merupakan salah seorang tulang belakang skuad KL City dalam memenangi piala Malaysia baru-baru ini. Malahan, Bacina juga mempunyai pengalaman luas dalam liga Malaysia justeru itu beliau merupakan sasaran utama untuk mengemudi Melaka United.

Sumber Foto : Wikimedia

Namun terdapat ada sebahagian pihak pengurusan Melaka United masih menaruh harapan kepada Zainal abidin untuk kembali mengemudi barisan pemain Skuad MUFC dan berharap beliau diberikan akses sepenuhnya terhadap pemilihan pemain tanpa campur tangan pengurusan yang hanya menjahanamkan pasukan. Ekoran daripada itu semua masih tertanya-tanya dengan pengurusan MUFC adalah mereka akan mengekalkan Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih atau sebaliknya. Kita nantikan respon seterusnya daripada pihak Melaka United FC.