Tanpa peminat, kami tidak akan berada di sini – Habib Haroon

1,353

Penjaring gol pertama Terengganu FC, Habib Haroon meluahkan penghargaannya kepada peminat Terengganu yang sanggup berkorban datang dari jauh untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan.

Dalam perlawanan malam tadi, Terengganu berjaya menumpaskan Selangor FC 2-0 menerusi jaringan Habib pada minit ke-13 dan Manuel Ott pada minit ke-39.


“Tanpa peminat, kami tidak akan berada di sini. Peminat memberi kami motivasi dan kebanyakan peminat berkorban datang dari jauh untuk beri sokongan pada kami, jadi saya perlu hargai peminat,”

katanya.

Habib berkata demikian apabila teruja melihat jumlah penyokong Sang Penyu yang hadir hampir sama dengan jumlah penyokong tuan rumah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa gembiranya apabila berjaya bantu Terengganu untuk kutip tiga mata penuh setelah sekian lama gagal melakukannya.

“Malam ini sangat menakjubkan kerana saya dapat bantu pasukan untuk kutip mata di tempat lawan kerana saya rasa kami sudah lama tidak mendapat keputusan positif di tempat lawan. Jadi hari ini adalah hari terbaik untuk kami.”

Pada masa sama beliau juga berharap mereka akan dapat mengekalkan momentum kemenangan ini untuk perlawanan seterusnya termasuk perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 September depan.