Kenapa KDA FC diskriminasi penyokong OKU?

408

Belum pun reda dengan prestasi pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), kini timbul pula isu membabitkan diskriminasi terhadap penyokong Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak lagi dibenarkan masuk ke Stadium Darul Aman pada musim ini.

Isu ini telah ditimbulkan oleh kelab penyokong Kedah iaitu HijauKuning.com yang nyata kecewa dengan tindakan pihak pengurusan KDA yang membuat keputusan double standard terhadap penyokong OKU.


Menurut Setiausaha HKC, Mohd Zaman Awang Kechik, pihaknya mendapat aduan itu daripada penyokong setia Hijau Kuning yang menyatakan pihak KDA memberi alasan keputusan tidak benarkan mereka masuk stadium dibuat atas faktor keselamatan.

“Isu keselamatan tak sepatutnya dijadikan alasan, perbadanan stadium sudah menyediakan kemudahan OKU. Malah kalau isu keselamatan dijadikan alasan kenapa 2015 hinga 2019 boleh masuk? Pada 2018 KFA mahu menjadikan SDA mesra OKU.

Kerajaan sendiri menjalankan pelbagai kempem jangan diskriminasikan OKU dengan menyediakan pelbagai kemudahan mesra OKU, kenapa KDA bertindak ke belakang dalam hal ini?”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, beliau kasihan mendengar rintihan penyokong OKU yang sudah beberapa perlawanan tidak dapat masuk ke stadium, sedangkan mereka antara penyokong tegar yang pernah hadir pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam pada tahun 2017.

Ketika dibawah pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), penyokong OKU berkerusi roda telah mendapat pakej tiket percuma dengan seorang pengiring memasuki stadium dan amalan ini sebenarnya adalah normal di mana-mana stadium termasuk Stadium Nasional Bukit Jalil.

Biarpun didiskrimasi oleh pihak KDA, namun semangat penyokong tidak pernah luntur apabila ada dalam kalangan mereka sanggup mengambil jalan ‘sukar’ dengan membeli tiket sendiri demi memberi sokongan pada pasukan tercinta.

Susulan itu, Mohd Zaman berharap agar pihak pengurusan KDA dapat menyelesaikan isu ini segera dengan mengadakan perbincangan dengan pihak bertanggungjawab untuk mencari jalan supaya penyokong OKU dapat kembali bersama-sama penyokong lain di dalam stadium.

Mungkin dengan sikap keprihatinan pengurusan KDA akan sedikit sebanyak meredakan kemarahan penyokong dengan situasi yang berlaku dalam pasukan Sang Kenari ketika ini.

Bekas ketua jurulatih legenda Kedah, Azraai Khor pernah berkata; ‘Kelab bola sepak adalah nothing tanpa penyokong’. Harap pengurusan KDA ambil serius dengan isu ini.

Harimau Malaya Kami ingin menunjukkan kepada anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terkini.
Dismiss
Allow Notifications