Kejohanan Individu Asia 2021 : Eain Yow Ng tamatkan kemarau 10 tahun negara

218

Eain Yow Ng selaku pemain nombor satu negara menggalas tugas untuk menjadi sandaran utama negara memenangi Kejohanan Skuasy Individu Asia. Eain Yow juga merupakan pemain pilihan untuk memenangi kejohanan ini. Seperti yang telah dijanjikan Eain Yow Ng, beliau berjaya merangkul Kejuaraan Individu Asia 2021 dengan mengalahkan Yip Tsz Fung ranking ke-49 dunia.

Eain Yow mengalahkan pemain dari Hong Kong itu dengan straight set dengan pungutan mata 11-6 pada set pertama. Semasa set kedua sedang berlangsung jaguh dari Hong Kong itu memberi persaingan yang sangat sengit kepada pemain negara tetapi dengan pengalaman yang ada Eain Yow dengan tenang berjaya mengawal permainan sehingga beliau memenangi set kedua dengan 12-11.


Pada set ketiga, Yip Tsz Fung cuba bangkit untuk tidak memberi laluan mudah kepada Eain Yow memenangi perlawanan tersebut. Berbekalkan strategi yang mantap Eain Yow sekali lagi mengalahkannya dengan pungutan mata 11-9. Dengan tempoh perlawanan yang berlangsung selama 34 minit menjadikan Eain Yow Ng sebagai Juara Kejohanan Individu Asia 2021. Kemenangan ini menjadikan pemenang keempat oleh pemain negara selepas Ong Beng Hee, Azlan Iskandar dan Nafiizwan Adnan. Malah kali terakhir pemain negara memenangi kejohanan ini pada 10 tahun lalu iaitu 2011 menerusi Nafiizwan Adnan. Sebelum ini, Eain Yow Ng berjaya membantu skuad skuasy negara merangkul kejuaraan Kejohanan Berpasukan Asia pada awal bulan disember lalu.

Sumber Foto : Skuasy Malaysia
Sumber Foto : Majlis Sukan Negara (MSN)