Rentak permainan Liga M3 lebih laju dari Liga Perdana, Liga Super – Faiz Ibrahim

913

Penyerang Armed Forces FC, Faiz Ibrahim berpendapat bahawa rentak permainan Liga M3 adalah lebih pantas berbanding Liga Perdana dan Liga Super walaupun merupakan liga ketiga dalam hierarki bola sepak Malaysia.

Menurutnya, sekiranya pasukan itu layak ke Liga Super musim depan, beliau dan rakan-rakan sudah bersedia kerana merasakan mereka mampu bersaing.


“Saya rasa tahap permainan kami memang sampai ke tahap Liga Super tetapi banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki.

Keserasian antara kami juga cukup bagus kerana kami bermain bersama sejak sekian lama dulu,”

kataya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, penjaga gol pasukan, Hafizuddin Azuhar mengakui beliau rindu untuk beraksi di Liga Super kerana rindukan sorakan penyokong yang lebih hebat.

Menurutnya, mereka sudah bersedia untuk menghadapi saingan BRM FC pada peringkat suku akhir Liga M3 esok serta perlawanan timbal balik Sabtu depan.

“Kami semua sepakat walau sesiapapun lawan yang kami hadap, kami akan menentang mereka bersungguh-sungguh untuk ke perlawanan akhir.

Perasaan gemuruh itu mungkin ada sedikit tetapi kami akan atasinya dan turun dengan yakin.”

Tambah Hafizuddin, beliau akan cuba yang terbaik untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi sekiranya diturunkan.

Perlawanan suku akhir pertama Liga M3 antara Armed Forces dan BRM akan berlangsung pada pukul 4.45 petang esok di Padang Mindef.