‘Badi’ Vietnam, Fandi Brothers menanti Malaysia di Piala AFF

445

Tugas berat menanti skuad Harimau Malaya pada kejohanan Piala AFF yang akan dilangsungkan pada 23 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023.

Menerusi undian yang dijalankan sebentar tadi, skuad negara diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos.


Dua negara yang bakal menjadi halangan utama negara untuk layak ke pusingan seterusnya sudah tentu Singapura dan Vietnam.

Dalam pertemuan terakhir dengan Singapura, anak buah Kim Pan-gon tewas 2-1, kedua-duanya hasil jaringan Ikhsan Fandi.

Justeru, Pan-gon harus mencari jalan untuk merantai pergerakan beliau untuk mengelakkan barisan pertahanan negara kali ini.

Kali terakhir Malaysia bertemu dengan Vietnam pula adalah pada saingan Piala AFF tahun lalu apabila Malaysia tewas 3-0.

Malaysia juga memiliki rekod yang kurang baik apabila bertemu pasukan Vietnam dalam beberapa terakhir, jadi tugas berat menanti Pan-gon bagi menamatkan ‘badi’ dengan pasukan itu.

Namun, dua lagi pasukan iaitu Myanmar dan Laos tidak harus dipandang rendah kerana mereka juga mampu melakar kejutan sekiranya tidak berhati-hati.

Kumpulan A pula dibarisi oleh Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja dan pemenang play-off antara Brunei dan Timor Leste.

Pada edisi sebelum ini, Thailand menjadi juara selepas menewaskan Indonesia secara agregat 6-2.

Malaysia pernah menjuarai kejohanan Piala AFF buat pertama kali pada tahun 2010 ketika dikendalikan oleh Datuk K. Rajagopal, sejak penganjuran pertamanya pada 1996.