Walaupun pasukan dalam Kumpulan B kuat, tapi kami sudah bersedia – Kim Pan-gon

2,011

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui pasukan-pasukan yang berada dalam Kumpulan B untuk saingan Piala AFF 2022 mempunyai kekuatan tersendiri, namun Harimau Malaya sudah bersedia untuk berdepan dengan mana-mana pasukan.

Pan-gon berkata demikian bagi mengulas undian saingan Piala AFF 2022 yang berlangsung petang tadi yang menyaksikan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos.


“Walaupun pasukan yang berada dalam Kumpulan B kuat, tapi kami sudah bersedia untuk berdepan dengan mana-mana pasukan.

Kami tidak peduli dengan kekuatan mereka atau pun kelemahan pasukan lawan, sebaliknya kami akan berikan yang terbaik bagi memastikan dapat keputusan terbaik,”

katanya.

Walaupun menyedari pasukan Vietnam merupakan antara pencabar terbesar dalam Kumpulan B, namun beliau tidak akan sama sekali memandang rendah dengan pasukan lain dalam kumpulan.

Dalam pada itu, Pan-gon berkata beliau akan menggunakan pertandingan empat penjuru King’s Cup Thailand sebagai persedian untuk menghadapi saingan Piala AFF 2022.

“Ia adalah peluang terbaik untuk bertemu dengan pasukan yang lebih kuat dan juga kita akan menyaksikan beberapa pemain baru diberi peluang untuk diturunkan sebagai ujian untuk persiapan ke Piala AFF nanti.”

Dalam undian yang berlangsung petang tadi di Bangkok, Thailand menyaksikan Kumpulan A akan dibarisi pasukan Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja dan pemenang di antara perlawanan play-off Brunei dan Timor Leste.