Akademi Tunas Selangor ada kelebihan di bawah NFDP, bantu seimbangkan sukan dan pelajaran anak-anak

1,034

Bapa pelatih Akademi Tunas Setia Alam (ATSA), Mohd Faizal percaya akademi ini miliki pelbagai kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh anaknya di peringkat akar umbi.

Beliau yang telah mula memberi pendedahan kepada anaknya di usia empat tahun memilih ATSA sebagai pilihan utama tatkala program latihan ini mempunyai sistem yang lebih jelas dan berkualiti.


“Sebab saya menghantar anak saya ke sini adalah kerana akademi ini mempunyai sesi pemilihan dan bagusnya akademi ini berada di bawah NFDP,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Faizal meletakkan harapan dengan adanya inisiatif seperti ini dapat membantu untuk merealisasikan impiannya melihat anak beliau bergelar sebagai seorang pemain bola sepak.

Kehadiran jurulatih berpengalaman akan mencungkil dan mengasah bakat anak-anak untuk menjadi pemain berkualiti di masa hadapan.

Dengan bimbingan ini tidak mustahil akan ada lebih ramai pelapis bola sepak negara yang mampu menjulang nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti.

“Pada saya bila sudah ada peluang latihan seperti ini, ditambah dengan minat anak saya, saya berharap agar ia dapat diteruskan sehingga menjadi seorang pemain bola suatu hari nanti.”

Walau bagaimanapun, aspek pendidikan tetap perlu menjadi keutamaan ibu bapa lebih-lebih lagi bagi anak-anak di peringkat umur bawah 12 tahun.

Penyusunan waktu yang seimbang akan memberi kelebihan kepada kanak-kanak untuk menjadi seorang pemain yang lengkap dari segala aspek.

“Saya dan isteri utamakan pelajaran dan bola ini lebih kepada hari cuti sahaja.

Buat masa ini kedua-duanya seimbang jadi saya selalu pesan kepada anak untuk terus menjaga kedua-dua perkara ini.”  

Tindakan seperti ini akan membantu melahirkan lebih ramai pemain bola sepak  masa depan negara yang bukan sahaja cemerlang di atas padang malah hebat dalam bidang pendidikan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap
and choose
Add to Home Screen