Soh Wooi Yik tekad terus momentum juara di BWF World Tour Finals, Aaron Chia sasar teruskan konsistensi
Pemain beregu badminton negara, Soh Wooi Yik meletakkan sasaran kepada kejohanan BWF World Tour Finals selepas menjuarai Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini.
Menurutnya, beliau mahu meneruskan konsistensi kejayaan tetapi mahu fokus terhadap satu persatu kejohanan terlebih dahulu.
“Sudah tentu kena ada sasaran pada kejohanan BWF World Tour sebab kita dah jadi jaura dunia tetapi kita akan lakukan selangkah demi selangkah.
Kami akan terus lakukan apa yang kami lakukan dan percaya kepada diri dan proses, sebab sebelum ini kita tak pernah terfikir untuk mendapat kejayaan ini,”
katanya.
Dalam pada itu, pasangannya, Aaron Chia mahu fokus untuk mengekalkan konsistensi dalam kejohanan seterusnya selepas berjaya menamatkan ‘badi’ separuh akhir.
Katanya, kejayaan itu membuatkan mereka lebih bersemangat dan yakin untuk berhdapan dengan kejohanan selepas ini tetapi harus berusaha lebih lagi selepas ini.
“Sekarang ini lebih banyak pasangan yang sasarkan untuk tewaskan kami berdua jadi kami kena tingkatkan tahap permainan.
Bukan mudah untuk capai tahap ini kerana sebelum ini kami selalu tersangkut di separuh akhir, tetapi ini akan membuatkan kami lebih bersemangat.”
Sementara itu, beliau berkata, kecederaan bahu yang dialaminya ketika kejohanan itu tidak begitu serius.
Pasangan itu berjaya meraih pingat emas dalam kejohanan tersebut selepas menewaskan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14.
Ini merupakan kali pertama wakil Malaysia berjaya membawa pulang emas dalam Kejohanan Badminton Dunia.