Tidak cukup disiplin, penjara menanti untuk Joseph Schooling?

2,400

Pemenang pingat emas di Sukan Olimpik Rio 2016, perenang Singapura, Joseph Schooling telah tampil membuat permohonan maaf kepada semua selepas beliau digantung serta merta dari latihan dan sebarang pertandingan rehat selepas mengaku menyalah menghisap ganja.

Schooling membuat permohonan maaf itu menerusi laman sosial Instagram miliknya dengan berkata beliau memohon maaf atas tindakannya yang menyebabkan ramai orang terutama keluarganya kecewa.


“Saya minta maaf dengan tindakan saya yang menyebabkan orang yang dekat dengan saya terutamanya keluarga terluka dan peminat muda yang menjadikan saya sebagai contoh. Saya melalui saat lemah selepas melalui tempoh sukar dalam hidup,”

tulisnya.

Dalam kenyataan sama, Schooling berkata beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan kesilapan yang dilakukan.

Berita mengenai satu-satunya pemenang pingat emas Singapura di Sukan Olimpik ini nyata mengejutkan ramai terutamanya perenang-perenang muda baik di negaranya dan juga perenang muda di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan ramai perenang muda Malaysia yang menjadikan Schooling sebagai idola selepas beliau berjaya mencipta sejarah di Sukan Olimpik Rio 2016 apabila menewaskan idolanya sendiri iaitu Michael Phelps dari Amerika Syarikat, dalam acara 100m kuak kupu-kupu lelaki.

Mungkin disebabkan masalah disiplin yang dihadapi oleh Schooling menyebabkan prestasinya merudum dan beliau tidak dapat mempertahankan gelarannya di Olimpik Tokyo apabila gagal layak ke pertandingan akhir selepas menamatkan renangan di tempat kelapan pada saringan separuh akhir.

Dalam pada itu, Schooling juga berkemungkinan besar akan berdepan tindakan undang-undang oleh negaranya sendiri berikutan Singapura antara negara yang mengamalkan undang-undang ketat terhadap dadah.

Beliau mungkin berdepan hukuman penjara 10 tahun jika didapati menggunakan bahan larangan itu biarpun ketika berada di luar negara.

Ini kerana Schooling mengakui menghisap ganja ketika berada di luar negara.

Umum mengetahui dadah merupakan musuh dunia dan ia perlu dibanteras habis-habisan, namun peliknya ia sangat sinonim dengan dunia sukan terutamanya sukan fizikal seperti angkat berat, berbasikal, renang dan beberapa lagi.

Diharap penggunaan dadah dalam kalangan atlet sukan dapat dibanteras supaya ia tidak merebak dengan lebih teruk.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen