Kami main lebih baik dari JDT tapi nasib tidak menyebelahi Selangor FC – Herlison Caion
Penjaring gol tunggal Selangor FC, Herlison Caion memberitahu mereka beraksi lebih baik daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila mereka gagal membawa pulang tiga mata penuh.
Dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor terikat 1-1 dengan JDT.
“Perlawanan pada malam ini kami tidak bertuah kerana kami main lebih baik daripada JDT tetapi disebabkan penalti kami tidak berjaya menang.
“Saya yakin kami menguasai bola dan banyak melakukan serangan tetapi nasib tidak menyebelahi kami,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Tambah Caion lagi, bola sepak tidak adil kerana kadang-kala anda tidak akan mendapat apa yang anda mahukan dalam perlawanan.
Beliau juga memahami perasaan peminat yang mahukan kemenangan, tetapi mereka sudah berikan yang terbaik.
“Saya faham peminat yang mahukan kemenangan kerana kami juga mahu kemenangan, tetapi kadang-kala anda tidak akan mendapat apa yang anda mahukan. Hari ini sekali lagi kami tidak bernasib baik walaupun kami bermain dengan baik.”
Dalam pada itu, penyerang berasal dari Brazil berkata keputusan perlawanan menentang JDT akan menjadi pembakar semangat buatnya dan rakan sepasukan untuk mempamerkan aksi yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya.