Syarat baru MSN menyusahkan atlet

196

Majlis Sukan Negara (MSN) telah menetapkan pencapaian di peringkat tertinggi merupakan sebagai penunjuk prestasi utama para atlet untuk kekal dalam program latihan sepenuh masa bermula pada 2022. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu memberitahu bahawa syarat yang ketat diambil kira berikutan tiada peruntukan khas untuk meneruskan program Podium yang tamat apabila berakhirnya temasya Sukan Olimpik yang lalu.

Program Podium dihentikan setelah 5 tahun dijalankan kerana memerlukan dana sebanyak RM40 Juta lagi. Justeru akibat kekangan dana, Program Podium ditamatkan dan perkara ini menyebabkan ramai atlet disingkirkan daripada Program Podium. Berikutan Pandemik COVID-19 ramai atlet bergelut untuk mendapatkan prestasi sebenar mereka setelah hampir dua tahun tiada sebarang kejohanan. Susulan daripada itu pihak MSN berharap agar pihak swasta juga mampu membantu atlet untuk mendapatkan sokongan latihan prestasi tinggi.


Sumber Foto : MSN

Majlis Sukan Negara (MSN) juga telah mengenal pasti seramai 288 atlet yang akan kekal mengikuti program latihan sepenuh masa dan mereka juga adalah prospek untuk negara mendapatkan emas dalam temasya Sukan SEA, Sukan Komanwel Dan Sukan Asia/Para Asia pada tahun hadapan. Langkah ini dibuat untuk memastikan prestasi atlet sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Sementara itu, untuk atlet yang disingkirkan dari Program Podium sebelum ini mereka akan meneruskan latihan bersama persatuan negeri masing-masing sambil dipantau oleh pihak KBS dari masa ke semasa.

Untuk atlet yang digugurkan mereka harus menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat tertinggi kerana disitulah merupakan penunjuk prestasi mereka jika ingin masuk ke program latihan sepenuh masa ini. Jadi para atlet harus membuktikan diri mereka merupakan yang terbaik dalam setiap kejohanan tertinggi untuk diserap kembali ke dalam program berprestasi tinggi itu.